Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Tepat Seimbangkan Kerjaya Dan Kehidupan Kamu

Rasa stress dan tenggelam dengan bebanan kerja di pejabat? Jangan risau, Cosmo akan bantu kamu cari jalan keluar. Capai kejayaan dalam kerjaya dan pada masa yang sama miliki kehidupan yang seimbang.

Foto: Nick Onken

Beberapa tahun lalu kita dikejutkan dengan kematian seorang copywriter gara-gara tak tidur selama 30 jam, dek nak siapkan kerja. Kesan daripada tragedi ini, ramai mula sedar bahawa kerja dan kehidupan perlu seimbang. Sebab itu Cosmo cadangkan beberapa tip untuk jadi panduan buat kamu:

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Buat senarai to-do kamu

1.Dictaphone

Selain catat dalam diari, kamu boleh gunakan dictaphone untuk merakamkan senarai kerja yang perlu disiapkan hari ini.

2. Gambar

Selain tulis, kamu boleh lukis senarai kerja yang perlu dibuat. Selain mengurangkan stres, kamu akan rasa lebih kreatif.

3. Excel Spreadsheet

Buat senarai dengan kod warna menggunakan excel spreadsheet. Bahagikan yang mana paling penting ke kurang penting. Delete yang mana sudah selesai.

4. Organizer

Selain buku, kamu boleh catatkan pada smartphone atau tablet. Hanya muat turun aplikasi sesuai antaranya Evernote, Things dan Google Calender.

Tip Cosmo: Setiap hari tanya diri sendiri, apa tugas yang akan membuatkan bos kamu senang hati. Pastikan ia menjadi prioriti kamu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor