Cara Tepat Pakai Skincare Untuk Tingkatkan Manfaatnya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cara Tepat Pakai Skincare Untuk Tingkatkan Manfaatnya

Cara Tepat Pakai Skincare Untuk Tingkatkan Manfaatnya

Bila dilapiskan dengan betul mengikut fungsi dan tesktur, penyerapan dan manfaatnya lebih efektif.
Skin Care Lol GIF by The Groundlings
Giphy

Lapisan 1: Esen

Cecair ini memberi cetusan lembapan kepada kulit selepas dibersihkan. Bayangkan bila kamu dahaga dan dapat minum air. Basahkan kepingan kapas dengan esen dengan bahan kandungan menghidratkan seperti ceramide atau air mawar kemudian pedap pada seluruh wajah.

Cuba Mamonde Rose Water Toner 250ml, RM85

Lapisan 2: Serum

Ini penawar yang kuat. Ia seharusnya mengandungi bahan aktif untuk menyasar masalah kulit tertentu seperti jerawat, pigmentasi, garis halus, kedutan ataupun kulit kering. Pakai semasa esen masih lembap pada kulit, jangan selepas kering kerana kulit yang basah-basah lembap itu lebih baik serapannya.

Cuba Murad Blemish Control Outsmar Blemish™ Clarifying Treatment, RM258

Lapisan 3: Krim Pelembap

Kerana segalanya dalam hidup perlu ada keseimbangan, kulit yang sihat dan terhidrat pun sama juga. Berikan manfaat H2o yang diperlukan kulit dengan bahan kandungan seperti asid hialuronik atau gliserin.

Cuba Tarte Drink of H2O Hydrating Boost, RM164

Lapisan 4: Minyak

Ini seperti the cherry on top untuk penghidratan. “Minyak mampu menembusi krim tetapi tidak sebaliknya ia harus digunakan terakhir,” jelas dermatologi Cetaphil, Yoon-Soo Cindy Bae, MD, yang juga profesor pembantu klinikal di NYU Dermatology. Dan minyak sangat kaya dengan lipid yang bertindak sebagai penghalang untuk memerangkap lembapan.

Cuba L’Occitane Immortelle Divine Youth Oil 30ml, RM473

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru