Cara Tepat Minta Naik Gaji - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Tepat Minta Naik Gaji

Ikuti panduan Cosmo untuk minta kenaikan gaji di tempat kerja.

31843658_m

 

Q: Saya dan rakan sekerja mempunyai jawatan yang lebih kurang sama, tapi gajinya lebih tinggi. Boleh tak saya gunakan info ini untuk minta kenaikan gaji? – Sabrina, 27

 

A: Munurut Lama Ataya, CMO Bayt.com, “Bagi kebanyakan syarikat, maklumat gaji adalah sulit. Jadi jika kamu gunakan info ini untuk dapatkan kenaikan gaji, kamu hanya risikokan diri sendiri. Untuk bantu kamu buka mulut mengenai topik ini, pertimbangkan perkara di bawah ini:
1. Masa yang tepat sangat penting bila berbincang kenaikan gaji. Ia bergantung kepada banyak faktor seperti bila kali terakhir gaji kamu naik atau jika syarikat sedang dalam kerugian.
2. Buat kajian untuk ketahui ‘nilai’ kamu yang sebenar di pasaran pekerjaan. Pastikan kamu jelas tentang sumbangan kamu terhadap syarikat dari segi produktiviti dan peningkatan pendapatan syarikat.
3. Sasarkan situasi win-win. Untuk pastikan misi kamu berjaya, pastikan majikan tahu apa yang bakal syarikat peroleh kerana menaikkan gajimu.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor