Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
sad couple, cinta

Cara Tepat Maafkan Kesalahan Teman Lelaki

Bukan sekadar memaafkan, tapi kamu juga harus lupakan kesalahan si dia untuk rasa lebih tenang. Cuba tip mudah yang Cosmo kongsikan ini.

sad couple, cinta

FIKIRKAN AKIBATNYA

Tak guna kamu memendam rasa marah terhadap si dia. Fikirkan: Semakin lama kamu menahan perasaan terluka, semakin sukarlah untuk kamu lupakan kesalahan si dia – dan risiko untuk kamu berasa terluka dalam jangka masa panjang juga semakin tinggi tau! Pasti kamu tak mahu hubungan kalian terus-menerus berada dalam masalah, kan? Tak ‘terbau’ pelamin nanti…

 

CUBA LUPAKANNYA

Belajarlah untuk melupakan kesalahan si dia jika kamu telah memaafkannya. Sebaiknya lupakan kisah pahit yang menghalang kamu daripada terus maju dan pengalaman yang hanya akan membuatkan kamu rasa terluka di masa hadapan. Anggap ia sebagai pengalaman yang boleh mematangkan kamu, si dia dan perhubungan kalian.

 

ELAK BUAT ANDAIAN

Penting untuk kamu tidak membuat andaian sendiri mengenai situasi tersebut. Dapatkan pemahaman jelas mengenai apa yang berlaku kerana semakin banyak kamu membuat andaian, semakin parah dan susahlah untuk kamu menghadapi keadaan tersebut. Wanita mudah membayangkan perkara-perkara yang sebenarnya mungkin tidak wujud pun. Jadi jika mahu elakkan rasa ragu-ragu, minta saja si dia berterus-terus daripada terus tertanya-tanya dan buat kamu pening kepala.

 

JANGAN IKUT EMOSI

Kita biasanya akan melepaskan geram dengan mengatakan atau melakukan sesuatu yang akhirnya buat diri menyesal. Jadi sebelum bertindak, fikirkan sikap dan layanan baik yang selalu diberikan si dia kepada kamu sebelum ini. Jangan terus melenting atau maki hamun sesuka hati kamu. Takut dia ‘angkat kaki’ pula nanti, melepaslah kamu!

 

Foto: INGimage

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor