Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Tepat Lakukan PDA

 

Ramai wanita teruja bila teman lelaki tunjukkan kasih sayang secara terang-terangan (public display of affection atau PDA), tapi kadangkala ia boleh jadi merimaskan terutamanya bila tangannya mula ‘meliar’ sana sini. Lebih teruk, ia boleh menjengkelkan mata yang memandang! Jadi apa perlu kamu buat jika tak rela?

14351309 - young couple in love, hugging in the old part of town

 

1. Buat Batasan

Agar tak mengundang rasa ‘rengsa’ di kemudian hari, bincang dengan si dia apa yang boleh dibuat di depan umum (pegang tangan, pegang bahu) dan yang apa yang tidak (cium kening, cium pipi, dan yang seangkatan dengannya). Katakan secara baik ya, dan ingatkan si dia yang kalian berdua bukannya sedang berada di kota cinta Paris!

 

2. Luahkan Apa Kamu Suka

Daripada katakan ‘jangan’ atau ‘tak boleh’ bila dia buat sesuatu yang kamu tak approve, lebih baik beritahu perkara yang kamu suka supaya dia boleh turutinya. Percayalah, dorongan positif jauh lebih efektif daripada penolakan berterusan. Pasti kamu tak nak dia hilang kepercayaan diri, kan?

 

3. Beri Penghargaan

Tahu tak PDA adalah cara untuk si dia tunjukkan perasaan dan buktikan yang kamu adalah hak miliknya? Jadi hargainya, tapi dalam cara yang betul. Berikan senyuman manis bila dia mula tunjukkan PDA, kemudian katakan dia akan dapat sesuatu yang hebat (makan percuma, belanja tiket wayang) jika berkelakuan lebih sopan di tempat terbuka.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor