Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Tepat Bersihkan ‘Miss V’

Jangan cuci ‘Miss V’ kamu sebarangan, kerana cara yang salah hanya akan mengundang masalah.

10813706 - woman in shorts on isolated white background

 

Cuba fikirkan betul-betul, kita sebenarnya tak pernah diberitahu tentang cara tepat bersihkan bahagian intim. Apa yang kita tahu hanyalah – ia tidak perlu dicuci sehingga terlalu bersih (tapi setakat mana?). Dan ramai mengatakan produk feminin yang dijual di pasaran sebenarnya tidak elok digunakan pada ‘Miss V’. Jadi bagaimanakah kita harus membersihkan sudut sensitif tersebut?

 

Semestinya, ada wanita yang memiliki kulit sensitif di bahagian intim. Jadi mereka mahu elakkan penggunaan produk feminin yang boleh merengsakan tapi dalam masa sama mahu memastikan ‘Miss V’ kekal bersih dan sihat. Jika kamu salah seorang daripadanya, jangan risau kerana ia sesuatu yang normal, tapi jangan sampai ia mengganggu fikiranmu.

 

Menurut Nancy Herta, M.D, ob-gyn di Michigan State University, Amerika Syarikat, vagina boleh membersih dengan sendirinya kerana memiliki pH yang rendah, di mana ia menghalang pembiakan bakteria tidak baik. “Keseimbangan pH di bahagian intim menjadikannya ‘musuh’ kepada bakteria. Jika kamu letakkan sesuatu yang boleh mengubah keseimbangan itu, kamu hanya mengundang bakteria untuk membiak,” katanya.Jadi dalam erti kata lain, elak gunakan shower gel di bahagian tersebut!

 

Tambah Nancy, keputihan adalah perkara normal sepanjang kitaran kamu. “Ramai wanita menyangka mereka perlu lakukan sesuatu yang singkirkan keputihan, tapi itu sebenarnya antara cara vagina membersih dengan sendirinya.”

 

Jadi bagaimana pula dengan produk yang dijual di pasaran?  Mungkin lebih baik untuk elakannya, kata Nancy. “Jika kamu lakukan douche, ia mengubah pH menjadikannya lebih tinggi dan membenarkan pelbagai jenis bakteria membiak.” Sebaliknya, kamu boleh gunakan sabun dengan rumusan paling lembut ketika mandi, kemudian lap dengan tuala untuk pastikannya betul-betul kering sebelum memakai panties kerana jika terlalu lembap, jangkitan yis boleh berlaku.

 

Moral of the story? Biarlah ‘Miss V’ kamu ‘bekerja’ dengan sendirinya.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Beatrice Hemmings

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor