Cara Tampil Yakin Dan Hebat Dalam 6 Situasi Penting
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Tampil Yakin Dan Hebat Dalam 6 Situasi Penting

Bila kamu baca kisah selebriti pasti dalam kepala dah terbentuk satu atau dua andaian, betul tak? Samalah bila seseorang kali pertama bertemu kamu.

Menurut kajian, ia hanya memakan masa satu per 10 dalam sesaat untuk seseorang itu membentuk satu andaian mengenai kamu, sama ada ia betul atau sebaliknya. Dengan hanya melihat hiasan dalam apartment kamu atau jenis kasut yang kamu sarungkan ke mesyuarat, makanan yang kamu pesan waktu makan tengahari, tudung yang kamu pakai…mereka akan buat satu pandangan mengenai kamu dan personalitimu, all the time. Tapi tak perlu rasa tertekan. Kerana yang bagusnya, kalau kamu tahu bila dan cara mereka membuat andaian sebegini, kamu ada kelebihan dalam mengendalikan situasi tertentu. Selamat mencuba!

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Buat Klien Terpukau Denganmu

Hidangkan biskut yang tampak mewah, kalau boleh jenis shortbread bercoklat yang siap dibalut. Ini secara halus akan buat pelanggan kamu rasa yang mereka sedang diberi layanan istimewa berbanding jika menghidangkan biskut kering saja. Jika kamu nak hantar proposal projek besar kepada mereka, elak gunakan font yang fancy, tak kiralah jika kamu dah bosan dengan Times New Roman sekalipun. Kerana ia akan menunjukkan yang kamu tak serius dan kurang integriti. Pastikan laporan kamu simple dan e-mel yang dihantar tiada emoticon ya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor