Cara Tampil Yakin Dan Hebat Dalam 6 Situasi Penting
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Tampil Yakin Dan Hebat Dalam 6 Situasi Penting

Bila kamu baca kisah selebriti pasti dalam kepala dah terbentuk satu atau dua andaian, betul tak? Samalah bila seseorang kali pertama bertemu kamu.

Menurut kajian, ia hanya memakan masa satu per 10 dalam sesaat untuk seseorang itu membentuk satu andaian mengenai kamu, sama ada ia betul atau sebaliknya. Dengan hanya melihat hiasan dalam apartment kamu atau jenis kasut yang kamu sarungkan ke mesyuarat, makanan yang kamu pesan waktu makan tengahari, tudung yang kamu pakai…mereka akan buat satu pandangan mengenai kamu dan personalitimu, all the time. Tapi tak perlu rasa tertekan. Kerana yang bagusnya, kalau kamu tahu bila dan cara mereka membuat andaian sebegini, kamu ada kelebihan dalam mengendalikan situasi tertentu. Selamat mencuba!

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pikat Hati Ibu Bapa Si Dia

Tak perlulah letak lilin wangi penuh satu rumah tapi pilih jambangan bunga segar. Bancuh kopi dan masak lauk signature kamu agar aromanya memenuhi kediamanmu. Jangan lupa bersihkan bilik air sebab dari situ saja bakal ibu mertua boleh ‘baca’ sama ada kamu jenis pembersih atau sebaliknya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor