Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Tampil Yakin Dan Hebat Dalam 6 Situasi Penting

Bila kamu baca kisah selebriti pasti dalam kepala dah terbentuk satu atau dua andaian, betul tak? Samalah bila seseorang kali pertama bertemu kamu.

Menurut kajian, ia hanya memakan masa satu per 10 dalam sesaat untuk seseorang itu membentuk satu andaian mengenai kamu, sama ada ia betul atau sebaliknya. Dengan hanya melihat hiasan dalam apartment kamu atau jenis kasut yang kamu sarungkan ke mesyuarat, makanan yang kamu pesan waktu makan tengahari, tudung yang kamu pakai…mereka akan buat satu pandangan mengenai kamu dan personalitimu, all the time. Tapi tak perlu rasa tertekan. Kerana yang bagusnya, kalau kamu tahu bila dan cara mereka membuat andaian sebegini, kamu ada kelebihan dalam mengendalikan situasi tertentu. Selamat mencuba!

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Berkenalan Lanjut Dengan Lelaki Diminati

Bila keluar beramai-ramai, kalau boleh dapatkan tempat duduk di sebelahnya. Kalau duduk bertentangan pun sebenarnya susah nak berbual. Janganlah nak tunjuk kamu jaga makan sangat hingga sanggup ikat perut dan pesan salad saja. Order a proper meal okay. Ingat, kamu ada rakan-rakan lain duduk semeja, jangan pula lupakan mereka. Ya, kamu NAK Si Kacak itu tapi kamu juga nak dia tahu kamu bijak kendalikan suasana sosial sebegitu. Jangan mula atau sertai sesi mengumpat bos atau mengadu kerja kamu berlambak, nanti dia akan sangka kamu jenis manja.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor