Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Tampil Cantik Setiap Kali Bangun Pagi

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tidur Lebih – Bangun Berseri-seri

1.Tetapkan jadual

Tidur dan bangun pada jam yang sama membantu kamu tidur lena sepanjang malam, jelas pakar tidur Michael Breus, PhD. Cuba tidur sekurang-kurangnya tujuh jam.

2. Pergi ke Gim

Bersenam sebolehnya 30 minit lima hari seminggu boleh memperbaiki kualiti tidur kamu.

3. Cuba Aromaterapi

Semburkan minyak pati lavender pada bantal atau guna diffuser. Kajian mengunjukkan ia mampu membantu kamu tidur lebih baik, mungkin kerana keupayaannya untuk mengurangkan keresahan dan menurunkan kadar denyutan jantung.

4. Hindari Lampu Biru

Yang terpancar dari telefon, tablet serta komputer kerana ia mengganggu kitaran semula jadi tidur. Aktifkan Night Shift pada telefon pintar yang menukar spektrum warna kepada kekuningan mengikut waktu yang kamu tetapkan.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru