Cara Tambah Kenalan

Cara Tambah Kenalan

Lebih ramai orang yang kamu kenal, lebih banyak peluang mencabar kamu dapat rasai. Cuba tip ini untuk tambah kenalan dan lebarkan sayap persahabatanmu…

41179576_m

 

Jadi Penganjur Majlis Sosial

Anjurkan majlis keraian di restoran baru buka atau kumpul kenalanmu di kelab untuk lepak bersama. Bukan saja kamu akan jadi perhatian sekeliling – semua orang akan ucapkan “Hai” kepadamu – tapi bila seseorang mahu adakan parti di masa akan datang, dia akan menjemputmu juga. Kamu juga boleh ambil kesempatan ini dengan mengadakan rumah terbuka di musim perayaan dan jemput mereka semua datang ke rumah. Sambil melayan tetamu, bolehlah kamu bersembang panjang.

 

Perkenalkan Diri Di Mana Saja Yang Sesuai

Mungkin nampak pelik, tapi kamu punyai banyak peluang untuk bertemu teman berpotensi. Jika kamu malu, fikirkan betapa kamu sukarnya untuk seseorang berbual dan menjadi rakanmu. Orang lain juga mungkin akan rasai perkara sama. Jika masih terasa segan, mulakan langkah dengan melemparkan senyuman paling manis.

 

Dalamkan Lagi Hubungan Kasualmu

Jika ada rakan sekerja, jiran atau kawan kepada kawan yang mahu kamu kenali, jemput mereka ke majlis keraian biasa. Berkumpul di suasana berbeza (bukan di pejabatmu) membantu mengalih perkenalan kepada persahabatan. Dengan cara ini, kamu akan miliki kenalan daripada latar belakang yang berbeza. Tak adalah kamu hang out dengan orang yang sama saja, kan?

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor