Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Semarak Naluri Primitif Di Kamar

Semarakkan naluri primitif dirimu di atas kamar! Mungkin kebanyakan haiwan end up jadi makanan kamu, tapi sesetengah boleh ‘mengajar’ kamu cara berasmara dengan lebih baik. 

 

 

Lenggok cinta lebah

Permaisuri lebah madu amat sibuk dan dikatakan mampu ‘melayan’ 40 lebah jantan dalam sehari! Ini kerana semua aksi berkenaan akan membolehkan tubuhnya mengeluarkan bahan kimia yang akan menarik perhatian lebah lain untuk masuk bekerja di sarang. Menariknya mengenai manusia? Kamu tak perlu bersusah payah untuk pastikan tubuhmu mampu mengeluarkan bahan kimia baik itu. Bercanda dengan ramai lelaki adalah cara menyeronokkan dan mudah untuk mengeluarkan hormon dopamin, serotonin dan andrenalin. Bahan kimia dan hormon ini akan buat kamu nampak seksi di mata lelaki.

 

Efek si rama-rama

Semasa suhu hangat, rama-rama coklat betina memerlukan lebih sperma yang kaya nutrien untuk hasilkan anak. Mereka bukan terbang sembarangan, tapi sebenarnya sedang mencari sang jantan untuk dapatkan hasil diingini. Bila musim mengawan tiba, ia akan mengubah taniat pasif dan menjadi penggoda agresif semata-mata untuk dapatkan pasangan. Moral kisah ini: Jika kamu ada kehendak di ranjang, usah segan untuk jadi agresif dan dapatkannya daripada suami. Cuba posisi kamu di atas dan buat gerakan yang kamu ingini.

 

Porcupine pleasure

Kamu tak boleh bayangkan landak lakukan seks? Tapi sebenarnya, makhluk berduri itu boleh hebiskan masa berhari-hari lamanya bermesra dan menggosok hidung antara satu sama lain sebelum lakukan seks. Kelakuan ini menunjukkan bahawa kemesraan adalah kunci utama hubungan seks yang connected. Sentuhan fizikal melepaskan oksitosin, hormon perhubungan yang buatkan pasangan rasa lebih dicintai.

 

Memancing foreplay

Ikan molly Mexico sememangnya jenis ikan yang agak Cosmo. Ia memilih pasangan yang mempunyai misai (ya, ikan juga ada misai!) kerana ikan bermisai boleh menggeletek dan memuaskan pasangannya sebelum seks. Kamu tahu yang syahwat boleh dicapai bila kamu sudah betul-betul terangsang, tapi malangnya kebanyakan lelaki lebih suka terus ke ‘garisan penamat’ saja. Anggap saja ikan molly itu sebagai role model terbaru kamu. Selain daripada lakukan quickie sekali-sekala, kamu patut minta foreplay kerana ia satu keperluan dalam hubungan intim.

 

Foto: INGimage

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert