Cara Seimbangkan Hidup Dan Kerjaya - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Seimbangkan Hidup Dan Kerjaya

Praktikkan tip ini untuk elakkan dirimu ‘tenggelam’ dihempap bebanan kerja dan milik hidup yang seimbang!

 

48284661_m

 

Be Clear
Pastikan kamu tahu betapa pentingnya keseimbangan ini. Jika kamu faham betapa ia mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi kamu, lebih mudah untuk kamu lakukan perubahan yang diperlukan.

 

Pengurusan Masa
Ini tool paling hebat yang kamu ada. Kamu boleh jadi tertekan jika tak bijak uruskan masa dengan baik. Belajar cara untuk tetapkan matlamat dan tarikh akhir yang realistik. Bila kamu dah berjaya dapatkan rentaknya, kamu akan rasa terkawal, kurang stress dan lebih produktif.

 

Belajar Cara Untuk Delegate
Kadangkala kamu rasa hanya kamu yang mampu lakukan sesuatu perkara tersebut, tapi ini tak semestinya betul. Meminta bantuan orang di sekelilingmu adalah cara terhebat untuk dapatkan keseimbangan yang sihat.

 

Bercakap Dengan Bos
Jika mereka recognize nilai kamu, mungkin mereka akan sanggup cari cara bagi membantu kamu capai keseimbangan yang dicari. Sama ada kerja dengan masa fleksibel, job sharing atau bekerja dari rumah, kamu hanya perlu luahkan untuk dapatkan apa kamu mahu.

 

Permudahkan Semua Perkara
Memang jadi lumrah manusia untuk cuba buat semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK bila sudah ada banyak bebanan di atas bahumu.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor