Cara Persiapkan Diri Untuk Temu Duga Last-Minute
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
temu duga

Cara Persiapkan Diri Untuk Temu Duga Last-Minute

Chill, girl. Kamu boleh lakukannya!

temu duga

Dalam dunia sempurna, job hunting adalah perkara ‘petik jari’. Kamu akan temui kerjaya idaman, hantar pemohonan kerja, mendapat jawapan daripada syarikat tersebut selepas beberapa hari, melalui temu duga yang effortless, and voila! Kamu diambil bekerja. But who are we kidding? Ia tak pernah semudah itu. Tapi ada kalanya, daripada berpuluh-puluh permohonan yang dihantar, akan ada satu syarikat yang membalas permohonan kerja kamu. Score!

Here’s the catch: Mereka mahu kamu datang temuduga HARI INI juga. Apa nak buat ni?! Kamu boleh beri alasan yang kamu ada hal perlu dibereskan hari ini, tapi sesetengah majikan akan anggap kamu tak berminat atau komited. Dan kamu tak sempat nak baca semua artikel di internet tentang tip kerjaya! Jadi ini yang patut kamu buat untuk persediaan sesi temu duga last minute:

1. Semak job description sekali lagi

Kadangkala disebabkan terlalu teruja nak klik ‘hantar’, kamu abaikan keterangan mengenai kerjaya yang dipohon. Sebelum ke sesi temu duga, penting untuk kamu semak kembali job posting dan segala kata kunci yang akan memudahkan kamu untuk menjawab persoalan agar selari dengan ciri-ciri calon pekerja yang mereka mahukan.

2. Buat kajian tentang latar belakang syarikat

Jangan sesekali hadiri temu duga tanpa tahu sekurang-kurangnya lima fakta mengenai syarikat tersebut. Mereka ada masuk berita baru-baru ini? Syarikat besar mana yang bekerjasama dengan mereka? Adakah apa-apa perkembangan terbaru? Fakta mudah seperti misi dan visi mereka pun sudah cukup membantu.

3. Review your resume

Bab ini ramai yang ‘gagal’. Ia ibarat kamu buat cheat sheet untuk peperiksaan; kamu rasa kamu dah tak perlu ulang kaji kerana kamu dah ada semua jawapan ditulis di atas kertas. Tapi selalunya pasti akan ada SATU soalan tricky, dan jawapannya tak ada dalam cheat sheet kamu. Pengajaran: It’s always better to read up and review.

4. Come up with a few success stories

Percayalah, penemu duga pasti akan bertanya tentang pengalaman kamu. Pastikan kamu mampu ceritakan beberapa contoh yang menunjukkan kamu adalah ‘strong communicator’ atau mempunyai ‘leadership skills yang banyak’. You better be able to prove that you can walk the talk. Good luck!

 

Foto: 123rf.com/Oleh Ysa Singson (www.cosmo.ph)

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor