Pelajari turutan memakai produk kecantikan dan produk penjagaan kulit ala pakar untuk tingkatkan keberkesanannya. Jom cuba!
Langkah demi langkah memakai produk kecantikan sepatutnya memperlihatkan kamu mengurut wajah lapisan demi lapisan dengan pelbagai jenis minyak dan krim. Jadi kenapa kamu rasa takut-takut nak sapu krim mata? Sebab semakin hari, turutan memakai produk kecantikan semakin mengelirukan!
Jika dulu tiga empat langkah saja, terima kasih kepada ritual wanita Korea, kamu tertekan dengan 14 langkah yang entah mana satu dulu. Sebab itulah kami tampilkan panduan ini, dengan turutan sempurna yang akan memastikan kamu mendapat kesan optimum daripada serum dan krim kamu itu.
1. Bersih
Bilas dan ulang langkah ini untuk pastikan kulit bersih sebersihnya; cucian yang pertama menyerang kotoran pada permukaan kulit sementara cucian kedua akan bersihkan pori-pori.
2. Toner
Jika kamu tak guna toner, samalah seperti kamu dan siapkan tesis separuh jalan tapi lupa nak save sebelum tutup komputer; pendek cerita, sia-sialah kamu bersihkan wajah kerana masih ada tinggalan kotoran. Sapu toner dengan kepingan kapas untuk bersihkan lagi pori-porimu.
Jika kamu perlu menggunakan perawatan jerawat atau nak rawat parut jerawat, ini masanya untuk kulit menyerap manfaat perawatannya.
4. Serum
Peraturan umum dengan produk wajah ialah kamu patut mula dengan produk yang teksturnya ringan dahulu dan serum memang bertekstur ringan tetapi mampu meresap ke dalam kulit dengan cepat. Losen berkepakatan tinggi ini kaya bahan aktif yang meresap ke dalam pori-pori, jadi pastikan kamu guna yang paling kena dengan keperluan kulitmu.
5. Krim mata
Siapa di sini yang mengaku guna krim mata sebagai langkah terakhir dalam perawatan kulit? Salah ya, ia harus dipakai sebelum pelembap, minyak dan SPF. Sama macam serum, perawatan mata adalah nipis dan perlu dipedap terus pada bahagian mata tanpa lapisan krim lain sebelumnya. Pedap lembut dengan jari, atau ikut ritual atau kaedah yang dicadangkan oleh produk.
6. Krim pelembap
Kamu TAK BOLEH tak guna pelembap – walaupun kulit kamu berminyak – jadi tolonglah pakai krim ini dan lurut ke atas dan ke luar sampai serap.
7. Minyak
Jika harapan kamu adalah untuk meraih manfaat pencerahan, pengecutan pori-pori dan lembapan daripada minyak, pedapkan pada bahagian kulit yang lebih kering untuk seolah ‘mengunci’ lembapan pada kulit. Minyak adalah antara produk yang mampu menembusi krim pelembap tetapi pelembap tidak mampu menembusi minyak jadi jangan terbalik ya turutannya.
8. SPF
Jika kamu guna SPF terus selepas membersih wajah, produk lain takkan ada fungsinya lagi, tetapi menjadikannya langkah terakhir penjagaan kulit akan membantu produk lain bertindak dengan optimum.
9. Primer
turutan yang betul ini turut memanfaatkan regimen solekan kamu juga, memastikan solekan yang sempurna dari bedak asas ke warn-warna lain. Mulakan dengan primer, yang bertindak seperti magnet membantu asas solekanmu bertahan dan dengan formula terkini, sesetengahnya mampu membantu rawat masalah bintik gelap dan kulit berminyak.
10. Bedak asas
Banyak mitos yang pernah kita dengar tentang penyamar tetapi untuk litupan yang terbaik, kamu perlu adun bedak asas dulu. pakai nipis-nipis untuk nampak natural dan kalau ada cela, lihat no. 11 di bawah.
11. Concealer
Lihat bahagian wajah mana yang perlukan bantuan litupan lebih dan pedap penyamar dengan jari atau berus, adun kemas.
12. Bronzer kemudian pembayang pipi
Bronzer direka untuk berikan wajah struktur lembut, jadi gunakannya untuk shading sebelum kamu guna pembayang pipi.
13. Pembayang mata, eyeliner, kemudian maskara
Bulu mata yang dah melentik dan ‘berdakwat’ akan menyusahkan kamu gariskan mata, jadi turutannya haruslah pembayang, eyeliner dan maskara.
14. Kening
Terang atau tajam keningmu harus serasi dengan gincu, mata dan pipi, jadi bila dah siap makeup, barulah kamu capai pensel dan lukis kening berdasarkan bahagian lain wajah.
Artikel berkaitan: 5 Langkah Untuk Mata Lebih Menawan
Leave a Reply