Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Mulakan Hidup Baru Selepas Putus Cinta

Putus cinta? Kamu dapat tahu si dia bercanda dengan teman baikmu sendiri? Memang patut kamu putuskan hubungan dengannya. Tapi ini tak bermakna hidupmu turut berakhir dan kamu kena terus-menerus berendam dengan air mata. Cuba tip mudah ini untuk tenangkan kembali hati yang sedang berduka.

break up relationship

 

I Scream For Ice Cream

Ini dia penghilang stress paling mujarab! Kajian oleh University of California, Amerika Syarikat mendapati susu dan krim yang terkandung di dalam aiskrim mengandungi amino tryptophan yang terbukti mampu  menenangkan fikiran. Hmm, selepas ini kalau rasa tertekan, kamu tahu mana nak tuju… Tapi, pastikan kawal pengambilan aiskrim itu, jangan pula sehingga bermangkuk-mangkuk kamu makan. Cukup sekadar melepaskan rasa sedih. Nanti kalau bertambah berat badan, dah jadi masalah lain pula..

 

Lupakan Kenangan Silam Bersama Si Dia

Kamu takkan boleh mulakan hidup baru jika masih berpegang pada kisah dan memori yang kalian cipta sebelum ini. Terus bersedih dan membiarkan diri dalam keadaan murung takkan menyelesaikan masalah yang ada. Nasihat Cosmo, buang terus gambar dan segala pemberiannya yang boleh mengingatkan kamu kepadanya, and never look back. Unfollow bekas kekasihmu itu di Instagram. Kalau tak, setiap saat kamu mahu stalk gambar-gambar terbarunya!

 

Rawat Kecewa Dengan Memaafkan Si Dia

Jika terasa diri disakiti, cara paling mudah untuk merawatnya adalah dengan memberi kemaafan. Bunyinya mungkin agak klise, tapi cuba fikir, sampai bila kamu mahu pendam segala kemarahan dan rasa kecewa? Jika berkongsi masalah dengan orang yang rapat denganmu boleh membantu, jangan ragu-ragu untuk hubungi teman baikmu. Do whatever that makes you feel better.

 

Lakukan Makeover Untuk Diri Sendiri

Percaya tak, mengubah suasana di sekelilingmu boleh memberikan semangat baru? Mulakan dengan mengubah warna dinding kediaman hinggalah ke susunan baju dalam almari. Kemudian, ubah penampilan dengan mencuba potongan rambut atau solekan terkini yang mampu mengembalikan semula keyakinan diri. Pasti kamu akan rasa lebih gembira! Perubahan ini yang pastinya untuk diri kamu, bukan untuk sesiapa.

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness