Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Mudah Untuk Bersihkan Beg Kamu

Satu-satunya item fesyen kebanyakkan wanita tidak kisah untuk berbelanja besar adalah pada designer leather handbags.

Dan apabila kamu berhabis banyak wang ke atasnya, pastinya kamu mahu memastikannya untuk tahan buat selama-lamanya. Jadi bagaimana untuk kamu membersihkan beg kulit tanpa merosakkannya?

Always protect your bag with a reputable protection cream/treatment. Ini sepatutnya dijadikan rutin untuk kamu sapu sekurang-kurangnya sekali dalam dua ke tiga bulan.

“Perlindungan yang betul boleh mengelakkan pengotoran, penembusan gris dan boleh menghalang pelbagai isu-isu di kemudian hari.”

Selain perlindungan, pembersihan regular juga digalakkan, walaupun dengan lap dengan begitu sahaja. Kain lembap pun sudah memadai. Tapi untuk lebih berkesan, hantar ke specialist untuk membersihkannya kerana mereka menggunakan produk lebih berkualiti untuk memastikannya ia dalam kondisi terbaik.

Jangan sesekali menggunakan baby wipes, cuka atau barangan kebersihan rumah ke atas beg kulit kamu. Kebanyakkan daripada produk ini mempunyai bahan kimia yang mampu merosakkan dan merubah warna beg kamu.

Antara kesalahan yang kerap setiap wanita lakukan ialah dengan memegang beg kulit kamu sejurus selepas kamu memakai krim tangan. It’s a big NO-NO ya!

Akhir sekali, untuk mengekalkan bentuk beg kamu, sentiasa isinya dengan recycled paper. Selamat mencuba!

 

Foto: 123rf.com

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva