Cara Mudah Dapatkan Gigi Lebih Sihat Dan Kuat - Page 4 of 6 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cara Mudah Dapatkan Gigi Lebih Sihat Dan Kuat

Cara Mudah Dapatkan Gigi Lebih Sihat Dan Kuat

Ia mungkin nampak remeh, namun kesihatan gigi tidak boleh dipandang rendah. Tak ada gunanya berwajah cantik dan bertubuh harum jika bauan yang keluar dari mulut kamu boleh buat orang lain pengsan!

Cara Mudah Untuk Dapatkan Gigi Lebih Sihat Dan Kuat

Foto: 123rf.com

Sejak kecil lagi kamu sudah diajar tentang kepentingan kesihatan oral. Apabila gigi dan gusi kamu sihat, ia akan mengurangkan bakteria dan dalam masa yang sama meningkatkan keyakinan diri secara optimum. Tanpa penjagaan sempurna, kamu bakal berdepan dengan masalah seperti nafas berbau, gigi berlubang, gusi bengkak dan sebagainya.

Senyuman manis juga akan lebih terserlah apabila kamu miliki barisan gigi yang bersih dan sihat. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diikuti jika kamu inginkan gigi kekal bersih, putih dan sihat.

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

4) Amalkan Pengambilan Buah Dan Sayur

Mengambil makanan yang berkhasiat setiap hari sememangnya penting untuk menjamin kesihatan gigi dan gusi. Buah-buahan seperti strawberi, oren, mangga, betik dan sayur-sayuran seperti kubis, bayam dan tomato sangat kaya dengan Vitamin C. Ia membantu memelihara gusi agar lebih sihat.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert