
Cara Mudah Dapatkan Gigi Lebih Sihat Dan Kuat
Ia mungkin nampak remeh, namun kesihatan gigi tidak boleh dipandang rendah. Tak ada gunanya berwajah cantik dan bertubuh harum jika bauan yang keluar dari mulut kamu boleh buat orang lain pengsan!
Foto: 123rf.com
Sejak kecil lagi kamu sudah diajar tentang kepentingan kesihatan oral. Apabila gigi dan gusi kamu sihat, ia akan mengurangkan bakteria dan dalam masa yang sama meningkatkan keyakinan diri secara optimum. Tanpa penjagaan sempurna, kamu bakal berdepan dengan masalah seperti nafas berbau, gigi berlubang, gusi bengkak dan sebagainya.
Senyuman manis juga akan lebih terserlah apabila kamu miliki barisan gigi yang bersih dan sihat. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diikuti jika kamu inginkan gigi kekal bersih, putih dan sihat.