Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
manicure

Cara Mudah Dan Selamat Tanggalkan Pewarna Kuku

Adakah kamu suka mewarnakan kuku dengan kerap? Tahukah nail polish yang kamu gunakan untuk menanggalkan pewarna kuku mengandungi bahan kimia bernama acetone yang memudaratkan kesihatan? Cosmo berikan tip bagaimana untuk menanggalkan pewarna kuku dengan selamat dan mudah!

manicure

1. DIY penanggal pewarna kuku

Guna bahan yang mengandungi alkohol tanpa acetone seperti rubbing alcohol. Jika kamu dapati bahan tersebut dalam sesetengah produk seperti perfume, penyembur rambut, sanitizer atau deodoran penyembur, produk tersebut adalah efektif dan sesuai sebagai pengganti nail polish. Caranya, kamu perlu rendam kuku selama 20 minit dengan produk tersebut atau sembur dan biarkan selama 10 minit kemudian gosok menggunakan tuala kering.

 

2. Ubat gigi

Letak ubat gigi seeloknya yang berwarna putih dan tanggalkan pewarna kuku dengan cara menggosok menggunakan berus gigi lama. Lakukan berulang kali sehingga kuku kamu bersih. Kamu juga boleh campur ubat gigi bersama serbuk penaik soda untuk efek yang lebih berkesan.

 

3. Cuka dan lemon

Campur cuka dan perahan lemon ke dalam mangkuk. Kemudian rendam kuku kamu selama 10 hingga 20 minit dan gosok dengan kuat menggunakan tuala. Jangan lupa oles krim pelembap ke jari tangan kamu selepas itu kerana lemon dan cuka akan mengeringkan kulit.

 

4. Air suam

Cara ini adalah paling mudah namun berkesan menanggalkan pewarna kuku. Rendam kuku kamu ke dalam besen bersama air suam selama 10 minit. Kemudian gosok dengan tuala kasar dan oles minyak kelapa dara ke kuku kamu selepas itu. Pasti kuku kamu akan berkilat dan bersih. Malah minyak kelapa dara juga melembapkan kulit di sekitar jari.

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness