Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara ‘Main Mata’ Di Tinder

Ia bukan sekadar swipe right untuk meraih Mr Right…

 

MULAKAN PERBUALAN

Keyakinan itu seksi. Jadi jangan takut untuk mulakan perbualan dengan matches Tinder kamu. “Messaging game is key on Tinder,” kata Rosette Pambakian, VP Communication & Branding di Tinder. “Ini masanya untuk kamu tahu jika kalian sesuai dengan satu sama lain sebelum putuskan untuk berjumpa buat kali pertama.” Tapi cuba elak pendekatan bosan seperti “Hai” atau “Hello”.

 

TANYA SOALAN

Asalkan ia bukan soalan klise seperti, “How are you?” kerana jawapannya “I’m good, you?” BOSAN! “Ambil masa untuk bertanya soalan tentang diri si dia menggunakan maklumat daripada profilnya untuk tunjukkan bahawa kamu seorang yang serius,” kata Pambakian. Atau tanya sesuatu yang spesifik dan kelakar. It’s always an ice-breaker.

 

SEDIKIT MISTERI

Kamu pasti mahu kongsi segalanya pada si dia untuk kembangkan perbualan kalian. Tapi perlukah si dia tahu sejarah cinta kamu sebelum ini? Tidak! Perbualan tersebut perlukan masa dan hanya apabila kamu sudah keluar dengannya untuk sekurang-kurangnya empat janji temu.

 

PUJI MEREKA

Bukan pujian murah seperti, “Sasanya tubuh you!”, tapi pujian seperti, “Wah, you sudah mengembara ke tempat-tempat hebat. Mind blowing!” Ia lebih berkesan dan berikan kamu tanggapan bijak.

 

JADI DIRI SENDIRI

Jangan berpura-pura yang kamu suka berkhemah jika kamu seorang wanita yang gemarkan five stars all the way! Kamu akan kecewa – dan terperangkap di dalam khemah tanpa wi-fi! Oh, no!

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert