Cara Lipat Baju Dalam 2 Saat - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Lipat Baju Dalam 2 Saat

Think of all the time you’re going to save! Melipat pakaian pastinya jadi aktiviti kegemaran kamu selepas ini. Ini cara untuk kamu lipat baju sepantas kilat!

9061240_m

Ya, membuat laundry cukup membosankan, mengasingkan pakaian berwarna dengan yang putih serta stoking dengan baju. Apatah lagi untuk melipat pakaian selepas itu. Walaupun kamu bersusah-payah lipat baju agar ia tampak kemas, namun pastinya lipatan itu tidak sempurna seperti yang kamu inginkan. Misi untuk melipat baju sempurna seperti butik mewah jadi impian setiap suri rumah.

Jangan putus asa lagi! Youtuber ‘Korpe4r’ memuat naik video berguna ini di mana dia menunjukkan kamu cara paling mudah untuk melipat pakaian. Perhatikan dengan teliti, dia hanya memicit kain pada dua bahagian dan mengibasnya ke arah tertentu. Voila!

Apa yang kamu perlukan ialah sehelai baju dan permukaan rata. Selamat mencuba!

 

 

Foto: 123rf.com/ Artikel asal: Daniela Morosini

 

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva