Cara Lepaskan Lelah Sekelip Mata - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Lepaskan Lelah Sekelip Mata

Sememangnya ‘lazat’ bila dapat melepak saja tanpa perlu berbuat apa-apa. Cosmo kongsi tip untuk kamu go slow motion.

 

1. Bangun lambat

Bila tiba hujung minggu, snooze sehinggalah kamu bangun sendiri. Nak lebih ‘nakal’? Cancel sarapan pagi bersama teman, matikan penggera dan tambahkan masa zzz. “Otak kita dambakan kombo sesuatu yang baru dan biasa dilakukan. Jika kamu sudah biasa bangun awal, memang seronok bila dapat tidur lama sikit,” kata Stella Resnick, PhD, penulis The Pleasure Zone.

2. Latih otakmu

Cuba helah Kathleen Hall, PhD, penulis A Life Balance untuk legakan diri daripada hari yang ‘gila’. Fikirkan ayat pendek seperti “Saya rasa amat aman” dan ulanginya selama 30 saat secara perlahan. “Kajian menunjukkan mengulang kata-kata menenangkan membantu kurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah, barulah boleh rasa relaks,” katanya.

3. Bersiar-siar

Hidupkan enjin kereta atau naik keretapi melancong ke tempat yang tak pernah dikunjungi pasti membuahkan rasa damai. Belanja dirimu ke pekan kecil seperti taiping atau Pulau Tioman. Sebaiknya, pergi sendirian untuk maksimumkan kualiti ketenangan.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor