Cara Kuatkan Semangat Bila Dilanda Musibah - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Kuatkan Semangat Bila Dilanda Musibah

Semua orang tidak terkecuali daripada liku-liku hidup dan musibah. Ketahui apa yang tidak seharusnya kamu lakukan jika perjalanan hidupmu menjadi lebih sukar daripada biasa.

27940446_m

 

 

TAK PERLU SIMPATI PADA DIRI SENDIRI
Ia memerlukan tenaga mental yang banyak dan semestinya tidak akan mengubah situasi tersebut. Sebaliknya, jika kamu izinkannya untuk menguasai, simpati akan mencetuskan emosi negatif, meningkatkan kebarangkalian kegagalan sekali gus memberi lebih banyak ruang untuk bersedih.
TIP: Ubah pemikiran kamu. Jangan biarkan diri terus menerus memikirkan yang kehidupan ini tidak adil. Sebaliknya, duduk dan senaraikan perkara yang perlu kamu syukuri.

 

BERANI BUAT PERUBAHAN
Seseorang yang sering melakukan perkara biasa dan terlalu merendah diri tak akan merasa kehebatan kehidupan sebenar. Kebanyakan orang takut perubahan. Mereka sering beranggapan seperti,  “Saya akan cari kerja baru bila semuanya dalam keadaan baik,” tetapi sering kali masa yang tepat itu muncul datang. Dan semakin lama ia tergendala, semakin susah untuk dilakukan.
TIP: Mula dengan perlahan. Kenal pasti matlamat utama dan fokus. Kemudian wujudkan pandangan realistik untuk perubahan yang kamu inginkan dalam masa sebulan.

 

TIDAK TAKUT KESEORANGAN
Bagi kebanyakan wanita, berseorangan bukanlah perkara yang dimahukan. Tapi percayalah, dengan meluangkan masa untuk diri sendiri, kamu boleh menjadi seorang yang lebih kuat.
TIP: Ambil sekurang-kurangnya 10 minit sehari untuk duduk diam sendirian tanpa melakukan apa-apa. Fikirkan tentang apa yang kamu mahukan di masa depan. Tak salah berangan!

 

TIDAK AKAN BERPUTUS ASA
Susah untuk berjaya jika tak pernah menemui kegagalan. Berputus asa pada kegagalan pertama boleh menjadikan kamu tidak yakin dengan diri sendiri. Setiap kali kamu putus asa, kamu mengukuhkan idea bahawa kegagalan adalah sesuatu yang tidak bagus, di mana ia akan menghalang kamu daripada mencuba lagi.
TIP: Hadapi perasaan takut kamu berkenaan kegagalan. Sebaliknya, fikirkan yang “Kegagalan merupakan petanda bahawa saya mencabar diri sendiri.”

 

TIDAK JANGKAKAN KEPUTUSAN SERTA-MERTA
Kejayaan tidak selalunya spontan. Pengasas Twitter menghabiskan lapan tahun bekerja dengan produk mobile dan sosial sebelum mencipta Twitter. Amazon tidak menguntungkan untuk tujuh tahun pertama.
TIP: Elak letakkan tempoh masa untuk mencapai impian. Bersikap fleksibel. Buat satu objektif jangka pendek dan raikan apabila kamu capai setiap peristiwa penting dalam impianmu.

 

TIDAK TAKUT AMBIL RISIKO
Mengambil risiko bermaksud menjalani kehidupan biasa dan luar biasa. Melakukan sesuatu di luar kebiasaan boleh membantu kamu mencapai impian kamu.
TIP: Sama seperti hospital dan kerajaan, keduanya mempunyai pelan bersiap sedia. Ia sangat membantu jika kamu cipta satu untuk dirimu sendiri. Rancang pelan bagaimana kamu akan respons jika senario.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor