Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Kekalkan Persahabatan Jarak Jauh

Jangan biarkan ‘perbatuan’ buat kamu dan teman baikmu jadi strangers pula. Cuba tip berikut agar kalian kekal bersama sentiasa.

40887300_l

 

1) Kongsi blog atau jurnal. Tujuannya, kamu saling boleh ketahui kisah ‘panjang lebar’ tentang perkembangan masing-masing. Masukkan sekali gambar agar segalanya nampak lebih jelas.

 

2) Shopping bersama. Ya, masih boleh. Gunakan aplikasi seperti WhatsApp atau Messenger yang membolehkan kamu rakam gambar untuk temanmu lihat serta-merta. Katakanlah kamu kena buat pilihan mengenai baju kahwin (rakam gambarmu di depan cermin okay) mana paling elok, teman baikmu pun boleh beri pandangan.

 

3) Telefonnya, biarpun hanya lima minit. Bila kamu teringat dan kebetulan masa tu ada waktu lapang, buat kejutan dengan menelefonnya. Tentu dia pun rasa happy dan seronok!

 

4) Tonton video atau filem bersama. Jika kebetulan rancangan itu ditayangkan serentak, tonton bersama sama ada menerusi telefon, Twitter atau Messenger.

 

5) Hantar pakej hadiah hari jadi kepadanya. Melihat gambar parti hari lahir teman baikmu di Facebook tentu menyedihkan kerana kamu tak dapat bersama untuk meraikannya. Kamu boleh kurangkan rasa sedih dengan menghantar bungkusan hadiah berisi barangan yang super fun, dan kamu pula tahu apa yang dia paling suka, bukan?

 

6) Tell them you love them! Apa salahnya? Kalau kamu benar-benar menghargainya, kenalah beritahu sama ada sebelum letak telefon, di hujung SMS ataupun melalui e-mel.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert