Cara Tonjolkan Diri Di Tempat Kerja Baru - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Tonjolkan Diri Di Tempat Kerja Baru

 

Kamu pekerja baru? Ini yang perlu kamu buat agar orang sekeliling kagum denganmu di tempat kerja.

CosmoINT Career

 

Ingat Nama Rakan Sekerja

Ini akan menunjukkan yang kamu engage dengan pasukan dan buatkan mereka selesa dengan dirimu.

 

Sentiasa Optimistik 

Sikap positif dan bersemangat adalah cara terbaik untuk buatkan orang di pejabat rasa senang denganmu. Tunjukkan kesanggupan kamu untuk membantu, ini menunjukkan kamu boleh bekerja secara berkumpulan dengan baik dan akan dianggap aset.

 

Ambil Inisiatif 

Dalam hari-hari pertama, kamu mungkin akan diberi tugasan kecil dan mudah. Jadi bila sudah selesai, pastikan kamu minta tugasan lain. Cuba jadi proaktif dan tunjukkan yang kamu mahu menyumbang.

 

Elakkan Gosip dan Politik Pejabat

Jangan sesekali terlibat dengan sesi gosip atau apa-apa perbualan tak berfaedah, lebih-lebih lagi jika kamu pekerja baru dan masuk pula ke syarikat yang sudah kukuh. Reputasi kamu boleh tercalar. Ingat tu…

 

Kurangkan Bercakap, Lebihkan Mendengar 

Sama ada kamu cuba untuk buktikan competency dengan menunjukkan apa yang kamu tahu, atau sekadar berborak kosong, Cosmo sarankan kamu dengar dan proses saja. Elakkan bercakap hanya kerana kamu rasa perlu bercakap.

 

Foto: Nick Onken

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor