Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
love

Cara Jayakan #Relationshipgoals

Kamu berharap dapat menjadi pasangan yang baik dan membahagiakan setiap hari? Good news! Ia lebih mudah daripada apa yang kamu bayangkan. Begini cara jayakan #relationshipgoals!

love

 

Selalu Tepati janji

Bunyinya memang mudah, tapi cuba ingat kembali; sekerap mana kamu ingkari janji dengan si dia walaupun untuk perkara yang remeh-temeh? Sikap sebegini boleh menyukarkan si dia untuk meletakkan kepercayaan padu terhadapmu dan ini bukanlah kualiti yang patut ada pada calon isteri. Mulai sekarang, elak membuat janji pada perkara yang sukar untuk kamu tepati. Bila sudah berjanji, pastikan kamu cuba tepatinya atau jika ada perkara yang merunitkan keadaan, jangan lupa hantar pesanan teks lebih awal kepada buah hati untuk jelaskan segalanya bagi mengelakkan salah faham yang mungkin berlaku.

 

Jadi Pendengar Setia

Ingat kegunaan kedua-dua telinga kamu tu, iaitu untuk mendengar. Jadilah pendengar yang baik untuk pasangan lebih-lebih lagi bila dia sedang berdepan dengan masalah bersama kawan-kawan atau di tempat kerja. Kamu sebenarnya tak perlu pening kepala memikirkan cara untuk selesaikan masalahnya. Apa yang dia mahukan adalah seorang di sisi untuk mendengar keluhannya, itu saja. Jangan pula tambah tekanannya dengan nasihat berbaur ejekan atau bebelan.

 

Bersikap Sederhana

Tak perlu menjadi supergirl atau terlalu beria-ia untuk bahagiakan si dia. Cukuplah lakukan perkara-perkara mudah dan sweet seperti memasak makanan kegemarannya atau menyelit nota cinta dalam dompetnya. Hal kecil sebegini boleh membuatkan si dia rasa dihargai dan disayangi.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor