Cara Jadi Superstar Di Media Sosial - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Jadi Superstar Di Media Sosial

Mahu jadi #QueenBee di laman digital? Cosmo kongsi langkah-langkah untuk kamu kuasai setiap platform seperti seorang pro!

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#Ace Facebook

Kekalkan perkara positif – Menurut pakar, berkongsi berita gembira mendorong lebih banyak ‘likes’ dan sharing.

Sertakan gambar – Selain dari hanya kongsi perkara menarik yang berlaku ketika percutianmu, sertakan bersama gambar. Kajian dapati, posts berserta gambar dapat perhatian lebih 39 peratus.

Berhubung dengan pengguna – Untuk tarik perhatian pengguna lain, bukan saja posts diperlukan malah komen juga. Selain dari sering meluahkan perasaan kamu, tanya pendapat pada orang lain juga. Posts berbentuk soalan dapat lebih 100 peratus perhatian.

Tahu deadline Di FB, setiap posts capai 75 peratus dalam lima jam pertama. Jadi jika mahu lebih ramai orang melihat posts kamu itu, pertimbangkan untuk repost post yang sama selepas beberapa jam.

Hari Sibuk – Sudah terbukti Khamis dan Jumaat adalah hari paling terkenal di FB kerana dua hari itu orang sudah kurang minat untuk buat kerja kerana hampir dengan hujung minggu.

Letakkan smiley – Posts dengan emoji dapat lebih 33 peratus komen dan shares. Malah dapat 57 peratus ‘liked’ dari posts biasa.

Tak perlu bangga diri – Melalui kehidupan dengan kerja bagus, BF penyayang dan anugerah yang kamu terima a.k.a “feeling blessed” boleh jejaskan keyakinan diri, boleh buat followers dan friends turn off!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor