Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Jadi Pekerja Terhebat Dan Disenangi Semua Orang

Orang boleh ‘hidu’ cubaan bina rangkaian dengan maksud tersirat tertentu. Baca untuk ketahui taktik betul untuk build connections tanpa kelihatan seperti nak pasang aircond 'kuasa kuda' (dalam erti kata lain, mengipas).

Foto: Nick Onken

5 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

AJAK PESAINGMU UNTUK LEPAK MINUM KOPI. Rajin-rajinlah berjumpa dengan mereka yang seangkatan dalam bidangmu, sama ada rakan atau pengurus dan pegawai jabatan sumber manusia. Selagi kamu tak kelihatan seperti nak ‘korek rahsia’ syarikat orang atau  bergosip tentang majikan atau rakan sekerja kamu (sangat no-no), mengenali seseorang yang bekerja di syarikat berbeza tidak bermakna kamu sedang ‘curang’ dengan majikanmu. Ia hanya buat kamu lebih bernilai kerana kamu ada pengetahuan dan hubungan dengan sesuatu yang sedar dan relevan dengan industrimu.

Tambahan pula, kenalan baru kamu itu akan dapat lihat betapa bijak dan hebatnya kamu malah akan ambil kira kemungkinan untuk menawarkan kamu kerja, sekiranya ada tawaran baru di tempat kerjanya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor