Cara Jadi Lebih Kreatif Setiap Hari
creative

Cara Jadi Lebih Kreatif Setiap Hari

Mencari inspirasi di pejabat? Amy Powell, Presiden bahagian TV, hiburan digital, dan Insurge Pictures di Paramount Pictures ada banyak idea untuk dikongsikan bersamamu.

creative

 

Bila tugasan di pejabat mula terasa seperti rutin, seolah-olah koleksi lagu bermain secara shuffle dan berulang-ulang kali, kamu perlukan kick-start yang menggegarkan untuk kembali cergas. Elak daripada dianggap tidak lagi relevan atau kurang bersemangat bila bos minta pandangan dan kamu asyik berikan pendapat yang sama saja. Untuk sentiasa dilihat oleh pihak atasan, kamu kena selalu berikan idea segar dan relevan dengan kehendak semasa. Sudah bersedia untuk berubah? Let’s go!

 

Sentiasa Mahu Meneroka

Untuk jadi kreatif, menurut Powell, kamu kena sentiasa ada sikap ingin tahu. Mudah saja, rajin-rajinlah melancong! “Jelajah tempat baru, jumpa orang baru, cuba makanan baru. Selimuti dirimu dengan pelbagai rona budaya baru,” katanya. Bila tiba hujung minggu, tonton filem yang baru ditayangkan. Jika kamu ada akaun Instagram (kalau tiada, silalah cipta satu), follow selebriti, personaliti, bintang fesyen dan kawan-kawanmu sendiri. Melawat muzium dan pergi ke konsert live juga boleh berikan kamu semangat baru. “Dan jangan sekali-kali lupa membaca buku,” katanya.

 

Keluar Dari Zon Selesa

Elak terjebak dengan satu aturan jadual yang amat ketat. Rutin akan membuat kamu terlalu selesa dengan kesamaan dan sikap akur, lantas buat kamu kurang minat dan tidak kreatif. “Saya suka mencabar ahli pasukan untuk berbincang di ruang atau lokasi berbeza dan mengubah agenda mesyuarat dari minggu ke minggu,” kata Powell. Perubahan kecil – mengajak rakan sekerja berbeza untuk minum kopi seminggu sekali atau lepak sekejap dengan rakan sekerja – akan memberi rangsangan yang tak dijangka sebelum ini.

 

Ambil Masa Untuk ‘Bersantai’

“Sepanjang karier, saya akan adakan satu mesyuarat mingguan tanpa sebarang agenda yang tetap, sekadar untuk berbual-bual kosong tentang apa yang baru, rencana yang menarik dan minat masing-masing. Ia akan membenarkan ahli pasukan untuk saling bertukar maklumat – dan biasanya, idea yang kecil itulah yang mampu berubah menjadi sesuatu yang besar,” kongsinya.

 

Cuba Berbual Dengan Orang Asing

Powell berkata, bila dia menganjurkan parti makan malam, dia akan sengaja meletakkan tetamunya untuk duduk di sebelah orang yang tak dikenali. “Saya akan teruja bila dapat duduk dengan seseorang yang pernah melancong ke tempat yang luar biasa atau belajar bercakap sepatah dua bahasa Itali. Pernah sekali tu, saya berjumpa dengan seseorang di atas pesawat dan empat tahun kemudian dia antara ahli pasukan saya,” katanya.

 

Letak Tepi Telefon Bimbitmu

Ibu Powell selalu berpesan, “Jangan lupa berhenti untuk hidu haruman mawar.” Sememangnya, kamu takkan dapat hidu apa-apa jika telefon asyik ‘melekap’ di depan muka. Cuba log off dan lihat dunia sebenar di sekelilingmu sekali-sekala. “Saya selalu terkejut dengan idea yang muncul bila telefon bimbit tersimpan rapi di dalam tas tangan,” katanya.

 

Bantu Orang Lain

Berbuat baik kepada orang lain mungkin cara terbaik untuk menggabungkan semua tip ini menjadi satu. Cari sebuah badan  kebajikan yang memerlukan bantuan dan dekat di hatimu. Kamu tak perlu buat sesuatu yang besar – sedikit pun tak mengapa asalkan ia buat kamu rasa lebih gembira dengan dirimu sendiri. Selangkah kecil boleh menuju pada pembabitan yang lebih besar dalam hidup kamu di kemudian hari nanti.

 

Foto: 123rf.com/Sumber asal: Cosmopolitan Amerika Syarikat

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor