Cara Elak Monday Blues

Cara Elak Monday Blues

Mungkin kamu memang ‘gila’ kerja, dan selalu enjoy sakan pada hujung minggu…  Tapi bila malam Ahad tiba, semuanya rasa macam tak kena saja. Kenapa ya? Cosmo senaraikan cara elak monday blues agar kamu dapat hadapi hari Isnin dengan tenang dan gembira.

 

16546618 - young pretty business woman at workplace

 

Buat Temu Janji Dengan BFF

Sebenarnya bila kamu plan aktiviti bersama kawan untuk dilakukan hanya pada hujung minggu, ini boleh buat kamu jadi lebih stress, sebab jadual jadi padat. Cuba buat temu janji dengan BFF lepas kerja pada hari Isnin, ini boleh elakkan kamu dari mood malas mengharungi Monday blues kerana ada aktiviti fun yang menunggu kamu lepas waktu kerja!

 

Biar Berpada-pada

Selalunya kamu pasti akan ‘layan’ sesi makan besar pada setiap hujung minggu, betul tak? Cuba elak makan makanan yang terlalu berat kerana ini boleh buat kamu malas nak bangun esok pagi.

 

Kemas Rumah

Memanglah bunyinya membosankan, tapi wanita yang tinggal di rumah yang kemas mempunyai tahap hormon stress yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal dalam ruang yang semak. Jadi, setkan timer untuk 15 minit dan kemaslah apa yang patut dalam rumah kamu tu.

 

Keluarkan Peluh

“Senaman aerobik boleh membantu sistem parasimpatetik untuk berfungsi dengan lebih sihat, yang menurunkan darah tinggi dan buatkan kamu rasa lebih relaks,” kata Geralyn Coopersmith, pakar psikologi senaman. Aturkan sesi senaman bersama BFF pada pagi hari minggu untuk mulakan harimu dengan cergas.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor