Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Dapatkan Klimaks Berganda

Bersedialah untuk menyerap segala informasi berguna untuk perjalanan kamu ke dunia seks yang penuh nikmat.

19250980_l

 

Berpura-pura

Dalam satu kajian yang dilakukan, hampir kesemua lelaki yang telah ditanya mengatakan mereka akan rasa kecewa jika dapat tahu yang pasangannya tidak mencapai orgasma secara kerap. Jadi mengapakah 60 peratus wanita sangup berlakon mencapai syahwat? Melihatkan ecstasy yang dapat kamu berikan kepada suami adalah sebahagian daripada kepuasan seks buat wanita. Jangan sesekali kamu pandang remeh akan nilainya kepada seseorang lelaki.

 

Direct

Jika kamu tak mampu mencapai klimaks tanpa sebarang stimulasi di bahagian intim, janganlah segan untuk berkongsi dengan suami akan caranya. Lelaki sebenarnya lebih suka bila isterinya mampu menikmati sesi itu. Apatah lagi jika dia pun boleh berseronok dengan aksi itu.

 

Eksperimen.

Lebih kerap kamu boleh klimaks, seks akan jadi lebih mudah. Tapi kamu tetap kena berikan kelainan. Jadi bayangkannya sebegini: Sama ada ia memerlukan stimulasi klitoris, massage oil atau gambar Chris Evans, kamu wajar ketahui apa yang boleh bantu kamu keluar dari zon selesa.

 

Jump on top!

Nikmati syahwat yang ultimate adalah apabila segala deria kamu digunakan. Kajian mendapati bila kamu baring, sesetengah deria jadi kurang terangsang. Jadi cuba be on top pula untuk mendapat jaminan yee-ha!

 

Queen Control

Untuk seks yang lebih wow, kamu boleh ambil sikap ini. Sudah tentu dia lebih teruja jika kamu yang main peranan utama – merangsang, ‘memandu’ dan menamatkan perjalanan seksual itu. Bila kamu yang mengawal permainan, peluang untuk capai orgasma lebih tinggi.

 

Oh oral!

Mencapai nikmat syahwat bukan sekadar memerlukan ‘alat’ suami saja. Kamu boleh peroleh orgasma berganda dengan cara lain. Suami boleh membantu kamu mencapainya dengan merangsang bahagian klitoris dan kamu kenalah ‘layan’ rasannya. Bila sampai ke puncak, biar gelombang itu reda sendiri. Selepas itu, kalau kamu rasa hampir hanyut dibuai lena, minta suami ulang aksi tadi. Kamu mungkin rasa lebih sensitif daripada sebelumnya, jadi minta suami lakukan dengan perlahan ya.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert