Cara Curi Masa Untuk Diri Sendiri - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Curi Masa Untuk Diri Sendiri

Kamu bukan mesin yang harus bekerja 24 jam sehari, jadi curi masa dan luangkannya untuk membuat aktiviti yang menjadi kegemaran kamu selama ini.

 

54556622 - woman reading a book by swimming pool on a sunny day

 

Ingat, kamu bukan robot!

Kalau serius mahukan lebih masa untuk dirimu, kamu kena hadapi fakta ini – kamu takkan mampu buat semua perkara sekali gus. Jadi pastikan kamu ada checklist perkara yang ingin dilakukan dan beri keutamaan pada perkara yang paling penting dahulu.

 

Jadi realistik.

Daripada pening kepala memikirkan bagaimana nak siapkan semua perkara, cuba capai dua atau tiga perkara saja dalam list kamu itu setiap hari.

 

Delegate.

Memang kamu akan rasa seperti nak buat semua kerja sendiri sebab takut tak puas hati, tapi ada baiknya kamu agih-agihkan tugasan tak kira di rumah atau pejabat supaya kamu ada lebih masa. Apa yang penting, jelaskan kepada mereka apa yang kamu mahu dan apa expectation kamu.

 

Cipta rutin kesukaan.

Kita selalu buat senarai perkara yang perlu dibuat, tapi jarang buat senarai perkara yang ingin dibuat, betul tak? Jadi selitkan perkara yang kamu suka (sesi yoga atau membaca novel) dalam senarai rutin harian. Bila dah jadi rutin, lebih mudahlah untuk kamu curi masa dan stick to it.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor