Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Buat Kerja Di Pejabat… Like A Boss!

Mungkin kamu belum jadi bos, tapi jika kamu tahu nak berlagak sepertinya, kamu mungkin diambil kira untuk kerja atau jawatan itu. Kan kamu ada pelatih nombor satu yang boleh lakukan semua ini: Diri kamu sendiri.

Foto: Nick Onken

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Buat Penilaian Diri

Penilaian dengan pengurus akan bantu menentukan kenaikan gaji dan pangkat. Justeru, penting untuk fikirkan mengenai penilaian sebelum ini dan fikir semula mengenai perkara yang bos kamu gunakan sebagai kayu pengukur mengenai pencapaian kerja kamu tahun itu. Jika kamu tahu ada sesuatu yang penting dalam kerja kamu tapi tak dilaksanakan dengan sempurna, penialaian diri sendiri setiap beberapa bulan akan mengingatkan kamu kepadanya. Bukanlah bermaksud untuk merendah-rendahkan kemampuan kamu – kamu juga patut meraikan kejayaan dan kekuatan dirimu itu. Tulis itu semua: Bukan saja ia mampu menaikkan keyakinan diri, tapi satu rekod bertulis akan pencapaian yang bagus akan membantu kamu untuk meraih kenaikan gaji (memang mudah untuk lupa segala great stuff yang kamu dah buat dalam masa setahun itu).

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor