Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
careerwoman

Cara Bijak Untuk Menonjol Di Pejabat

Jangan hanya duduk terperuk di kutikel kerja sehingga orang tak perasan yang kamu adalah pekerja di pejabat itu. Cuba tip ini yang boleh membantu kamu menonjol dan menarik perhatian majikan dan rakan sekerja.

 

careerwoman

 

Kecil Membawa Maksud ‘Besar’

Bila bercakap mengenai kemahiran interpersonal atau cara mengambil hati seseorang, tidak semestinya kamu perlu ada sesuatu yang ‘besar’. Benda-benda kecil perlulah diambil kira seperti senyuman, ton suara, postur badan, cara berpakaian dan sebagainya akan membentuk imej kamu. Jika hendak berjaya, hendaklah terima pendapat orang lain dan berusaha untuk memperbaikinya.

 

Bina Kepercayaan

Tentu kamu takkan beli sesuatu produk jika tak percaya dengan kelebihannya, kan? Kepercayaan adalah sesuatu yang sangat tinggi nilainya. Jika kamu berjaya peroleh kepercayaan daripada majikan dan rakan sekerja, kamu akan lebih berpengaruh dan kerja juga akan jadi lebih mudah. Bila majikan kata, “I can count on you”, ini bermakna dia percayakan kamu.

 

Peel The Onion!

Manusia diibaratkan seperti bawang, banyak lapisan yang perlu dikupas untuk sampai ke terasnya. Jika kamu seorang pemerhati, kamu akan belajar pelbagai perkara mengenai seseorang, melalui kata-kata, tindakan dan gerak tubuh. Jadi, cuba serap semuanya seperti span. Dengar apa yang diceritakan dan dirisaukan. Dengan cara ini, kamu akan lebih memahami mereka dan secara tak langsung menjadikan kamu lebih berpengaruh.

 

Melabur Untuk Diri Sendiri

Cara terpantas untuk naik pangkat adalah dengan memperbaiki tahap kemahiran kamu. Mempunyai ijazah bukanlah ukuran untuk menggalas tanggungjawab besar. Penting untuk kamu tahu apa kelebihan kamu berbanding orang lain, kerana at the end of the day, bukan jenama beg tangan yang menjadi ukuran kehebatan seseorang. It’s you!

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor