Cara Bijak Jimat Duit
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Bijak Jimat Duit

Di waktu-waktu begini, tak sukar untuk jimat duit jika kamu tahu cara yang betul untuk lakukannya. Jom Cosmo tunjukkan caranya, mudah saja!

 

18909552 - close-up of hand cutting credit card with scissor

 

Elak Guna Kad Kredit

Membawa kad kredit bersama ketika membeli-belah boleh merangsang kamu untuk berbelanja lebih daripada yang diperlukan. Kadangkala benda yang tak perlu pun kamu akan capai dan masukkan dalam troli, sebab kamu tak nampak wang yang keluar daripada dompet. Jadi tinggalkan saja ia dirumah, sebaiknya guna kad debit atau tunai.

 

Mula menabung

Ramai menyangka bahawa orang yang memiliki banyak duit saja yang mampu menyimpan, namun itu tak benar. Kamu boleh mula buat simpanan dengan jumlah serendah yang kamu mahu dan naikan kadarnya setiap bulan jika mampu. Ingat ini; sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

 

Jangan Lengah Bayar Bil

Sejurus dapat gaji, langsikan semua hutang-hutang bil yang kamu ada. Apabila kamu nampak duit semakin berkurangan dalam akaun bank, pasti kamu akan lebih berhati-hati apabila mahu belanjakan wang tersebut dan akan cenderung membeli barang-barang yang menjadi keperluan saja, bukan barang yang menjadi kehendak.

 

Hentikan Tabiat Buruk

Inilah masanya untuk kamu berhenti daripada melakukan hobi mahal seperti merokok dan membeli kopi berjenama setiap hari. Tak ada bezanya dengan kopi yang kamu bancuh sendiri setiap pagi (oh, mestilah ada dari segi rasa), tapi kamu pasti dapat jimat duit dengan banyak dalam masa setahun jika kamu amalkan minum kopi yang dibuat sendiri. Bolehlah kamu gunakan simpanan yang ada untuk penuhi keinginanmu seperti bercuti, menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau miliki aset sendiri.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor