Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Bijak Ajak Lelaki Keluar

Mungkin si dia akan terkejut besar bila kamu tiba-tiba pelawanya keluar. Cuba cara bijak ini untuk ajak dia luangkan masa bersamamu.

29269154_m

 

 

Jemputnya sertai aktiviti denganmu.

“Saya adakan parti Sabtu depan. Nak join?” Ia nampak lebih santai daripada ajaknya keluar dating, dalam masa yang sama memberikan mesej yang kamu sukakannya.

 

Sebelum keluar dari kelab atau parti, katakan,

“Saya nak balik dulu, tapi memang seronok bertemu kamu di sini. Ini nombor saya jika mahu berhubung,” dan beri nombormu. Disebabkan kamu memang nak keluar, jadi rasa pelik dan malu itu sekejap saja.

 

Minta bantuannya.

Jika kamu nak berpindah dan dia ada sebut mengenai khidmat pemindahan yang sangat bagus, minta alamat e-melnya supaya kamu boleh dapat info selanjutnya. Nanti pelawa dia keluar makan tengah hari sebagai tanda terima kasih.

 

Tunggu peluang datang.

Jika perbualan beralih ke perihal sukan, sebut satu kelab sukan hebat yang pernah kamu kunjungi dan katakan, “Mungkin kita patut ke sana satu hari nanti.” Dia akan turuti sarananmu, tapi tiada paksaan atau desakan di situ ya.

 

Foto: 123RF.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor