Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Betul Guna Face Wipes

Kalau kamu nak tahu, sebenarnya, ada cara lebih elok untuk kamu gunakan face wipes kamu. Nak tahu apa?

 

54981412_l

 

Face wipes adalah peneman setia setiap gadis seperti kamu. Kamu pasti malas mahu mencuci atau mengikuti step rutin penjagaan wajah kamu bukan? Jangan bimbang, hanya dengan lima saat kamu sapukan skincare wipes kamu, everything is settled.

 

Itulah yang selama ini kita semua fikirkan, kan?

 

Sebenarnya, nak guna face wipes pun ada cara betul dan salah okey! Kamu mungkin salah seorang yang menggunakannya dengan salah selama ini.

 

Menurut Debra Luftman (Dermatologist di Beverly Hills dan konsultan Simple Skincare) kepada InStyle, “Adalah sangat penting untuk kamu gunakan skincare wipes kamu daripada dahi sehingga ke dagu untuk mengelakkan minyak dan bakteria terlekat pada bahagian lain di wajah dan seterusnya menyebabkan breakouts.”

 

Dr. Luftman turut berkata untuk mencuci kawasan paling teruk di wajah akhir sekali. “Tamatkan dengan mencuci di bahagian hidungmu kerana hidung merupakan kawasan paling banyak terkumpulnya minyak dan bakteria.” Kemudian buang saja wipes tersebut.

Jangan pula gunakan face wipes yang sama berulang kali ya!

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Chloe Burcham

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor