Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Betul Cuci Pakaian Dalam

Mungkin kamu melakukannya dengan cara yang salah selama ini. Ikuti cara terbaik untuk mencuci seluar dalam dan bra kamu…

41323960 - female linen in the shelf - closeup shot

Bagaimana kamu mencuci dan menjaga pakaian boleh memberi impak besar kepada sampai bila ia akan bertahan…membuatkan kamu cuba untuk belajar cara betul untuk mencuci lingerie – yang pasti bukan cara yang kamu lakukan 10 tahun yang lalu. Allison Beale, Marketing dan Pengerusi lingerie Journelle beri tip agar pakaian dalam tahan lebih lama dan kekal elok.

 

1. Jangan cuci coli setiap kali memakainya

Menurut Allison, mencuci dengan lebih kerap boleh merosakkan item delicate seperti lingerie kamu. “Ia kedengaran sedikit tak bersih, tapi coli tak perlu dibasuh setiap kali dipakai. Coli yang kerap dibasuh boleh merosakkan bahan-bahan yang memberi sokongan dan strukturnya.”

Allison mencadangkan kamu cuci setiap enam hingga tujuh kali selepas dipakai.“Lurah antara dada kamu dan sekitar bawah ketiak adalah panas dan mudah berpeluh. Cuci ia setiap dua atau tiga kali, ini lebih ideal.”

Cara lain untuk memastikan bra kamu lebih tahan lama adalah bergilir-gilir memakai coli yang lain untuk beri ia masa untuk kembalikan keanjalan bentuknya.

 

2. Cuci lingerie dengan tangan

Handwash lingerie kamu kerana ia semudah mengisi air suam ke dalam baldi dan serbuk istimewa pencuci lingerie, rendam pakaian dalam kamu, bilasnya dan voila! Tinggal jemur untuk keringkannya saja!

 

3. Jangan gunakan mesin pengering

No! Kerana wap panas boleh merosakkan keanjalan lingerie kamu.

 

4. Gantung lingerie kamu

Ya, Cosmo tahu ia cukup berharga untuk memberi sedikit ruang istimewa bagi menggantung coli dan seluar dalam kamu dalam almari. Tapi berbaloi melakukannya untuk barang yang lebih istimewa (mahal) untuk memastikan ia lebih tahan lama.

 

5. Susun dan simpan coli dengan betul

Allison memanggilnya spooning, bermakna susun setiap cup di dalam cup yang lain bagi membolehkan mereka mengekalkan bentuk dengan lebih baik.

Sekarang, kamu adalah pakar pencuci lingerie yang memastikan barang kecil kamu kekal seksi selamanya!

Foto: www.123rf.com/Artikel asal: Jess Edwards

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva