Tip Berikan Pujian - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Berikan Pujian

Tak salah kamu berikan pujian kepada kawan baik. Tak tahu bagaimana nak mula? Cuba tip Cosmo ini.

44186792_m

 

  • Lakukan sesuatu yang tidak disangka. Ya, setiap orang biasanya memberi pujian berkaitan fizikal. Tetapi jika kamu ubahnya (seperti “Kamu memang kawan yang hebat!”), pasti impaknya lebih maksima.

 

  • Tambahkan pujian dengan keterangan lanjut. Ia menjadikan kata-kata kamu lebih berkesan dan mudah dipercayai. Contohnya: “Gaya kamu best. Pandai kamu padankan beg dengan baju tu ya! Bagaimana kamu lakukannya?”

 

  • Memberi pujian mengenai kekuatan lebih berkesan daripada kamu memuji kelebihan fizikal yang dimilikinya. Justeru beritahu nasihat yang diberikannya sebagai sangat berguna, daripada memuji alis matanya yang cantik.

 

Foto: 123RF.COM

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor