Cara Baru Serlahkan Kreativiti
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Baru Serlahkan Kreativiti

Dah lama bercita-cita nak jadi seorang yang lebih kreatif? Jom cuba tip mudah Cosmo ini.

Foto: Shutterstock.com

1. Tandatangan nama dalam semua arah

Cuba tulis dari arah kanan ke kiri, atas ke bawah, atau secara terbalik. Ulang sehingga kamu boleh tandatangan dalam semua arah. Pergerakan tangan secara terbalik dapat merangsang bahagian kanan otak di mana terletaknya sisi kreatif.

2. Biar dua hemisfera otak ‘bercakap’

Ambil pen dan tulis: “Siapa saya?” di atas kertas. Tulis apa saja yang kamu fikirkan dengan tangan kiri. Selepas itu, buat perkara sama dengan tangan kanan. Kamu akan perasan kedua-dua hemisdera otak mempunyai personaliti berbeza.

3. Ajar tubuh sesuatu yang baru

Belajar langkah tarian baru, sertai kelas yoga, atau cuba pelbagaikan cara kamu berjalan. Dengan menguasai kemahiran baru, kamu menggunakan fungsi otak kanan sepenuhnya.

4. Lihat perkara dari sudut berbeza

Fikirkan masalah kamu buat seketika. Kemudian baca beberapa ayat dalam apa-apa buku, relaks, pergi bersiar-siar dan fikirkan semula masalah tadi. Ini membantu meningkatkan sisi kreatifmu. Sebaik saja kamu galakkan otak kanan membantu dalam kreativiti dan penyelesaian masalah, ia akan jadi mudah.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor