Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Capai Nikmat Luar Biasa Di Kamar

Antara saiz dan skil, mana lebih penting? Dan apa pula yang boleh kamu lakukan untuk capai lebih kepuasan ketika ‘bersama’ di kamar?

Apabila berbicara mengenai hubungan intim, apa yang jauh lebih utama adalah skil seseorang. Kebanyakan wanita lebih memilih untuk mempunyai pasangan yang bijak mengawal pergerakan dan rentak berbanding lelaki yang rata-ratanya agak obses dengan saiz – mungkin kerana ia berhubung kait dengan ego dan lambang ‘kejantanan’. Ini kerana apa yang dirasai wanita dan lelaki ketika ‘bersama’ adalah berlainan sama sekali.

Setuju tak jika Cosmo katakan bahawa posisi, gerakan dan kelajuan adalah perkara yang boleh mengegarkan bilik tidurmu? Jika mahu nikmat yang luar biasa, jangan malas! Seks bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi tapi ia adalah skil yang perlu dipelajari setiap hari. Kamu tidak boleh harapkan kepuasan jika hanya ‘membatu’ saja. Ingat, apa yang penting? Kerjasama. Jadi apa yang boleh kamu lakukan untuk perhebatkan skil di kamar? Ikuti panduan ini.

 

1) Pernah cuba slo-mo sex?

Apa itu? Terma baru, ladies! Tidak kira berapa lama masa yang suami ambil untuk merangsang kamu selama ini, beritahunya untuk jadikannya lebih panjang dan lama. Give all your moves the same treatment. Untuk gerakan yang biasanya mengambil masa beberapa saat saja, panjangkannya kepada satu hingga lima minit lebih lama. Keputusannya? You’ll suddenly discover loads of nerve-endings you never noticed before.

 

2) Terokai posisi baru

Jangan mengalah dan rasa malu jika kamu tidak dapat sempurnakan posisi baru tersebut. If at first you don’t succeed, try and try again! Berikan tiga percubaan sebelum kamu mengalah pada sesuatu yang baru. Ingat! Hubungan intim berkaitan dengan skil dan kadangkala ia memerlukan lebih praktis. Berlatih posisi baru dengan berpakaian penuh sebelum go full-throttle boleh mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

 

3) Tetapkan matlamat

Bukan matlamat kehidupan atau kewangan, tetapi matlamat jangka pendek untuk pertingkatkan seks kalian bagi jangka masa panjang. Kamu boleh putuskan untuk cuba satu posisi baru setiap minggu atau double your lovemaking. Ia bakal berikan kamu dan kehidupan seks kalian satu inspirasi. Ia juga akan buatkan kamu dan suami bertambah mesra dan terasa lebih erat secara fizikal dan emosi.

 

4) Tunjukkan ‘hala tuju’

Lelaki tidak tahu rasa apa yang wanita rasai ketika seks dan mereka secara semula jadinya tidak tahu cara untuk berikan kepuasan kepada pasangan. Tanam perkara ini dalam fikiran kamu dan tunjukkan langkah asas kepada suami agar kamu mencapai nikmat diingini. Jangan mengarah (bossy!) dan pastikan ia positif. Kamu boleh cuba, “I suka bila you buat X dan ia akan bertambah hebat lagi jika you tambahkan Y.” Ini akan meningkatkan keyakinannya dan buatkan suami mahu berusaha lebih dan lebih lagi di kamar.

 

5) Hands-free lovemaking

Cuba peraturan baru malam ini. Ia boleh jadi sama ada permainan kuasa atau penyerahan kepada sensasi. Ia akan ‘memaksa’ kamu untuk bereksperimen dengan hidung, mulut, gigi dan lidah yang kamu tak pernah terfikir sebelum ini – membuatkan kamu berdua mahukan satu sama lain. Pada masa sama, kamu akan berfantasi tentang apa yang boleh kamu lakukan kepada satu sama lain jika kalian dibenarkan untuk menggunakan tangan.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert