Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Miliki Wajah Mekar Berseri Bak Rachel Chu Dengan Set Solekan Ini

Pastinya kamu tak mahu ketinggalan untuk dapatkan Beauty Chapter Set daripada Duck Cosmetics ini…

Terbaru, Duck Cosmetics mengeluarkan set mekap iaitu Beauty Chapter Set yang diinspirasikan daripada filem blokbuster Crazy Rich Asians. Filem yang padat dengan elemen fesyen dan kecantikan ini membuatkan Duck Cosmetics menghasilkan satu set mekap lengkap khas untuk kamu yang terdiri daripada:

  • 1) All-Eye-Ask Eyeshadow Smokey Palette
  • 2) Prime Time Face Primer in Matte About You
  • 3) LipstickWitU in Earthy Rachel
  • 4) Glossip Girl Lip Gloss in Sincerely Cece
  • 5) Matte Decisions Lip Cream in Simply Paige

Transform wajah kamu dengan mekap yang lebih natural dan berseri seperti Rachel Chu ataup seksi siren seperti Eleanor Young menggunakan set kosmetik yang dipilih khas untukmu. Duck Beauty Chapter Set berharga RM350 dan boleh didapati di stor Duck Cosmetics di Pavilion dan Suria KLCC serta semua stor FashionValet juga secara online di www.fashionvalet.com.

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva