Impian Bekerja Di Luar Negara Bakal Tercapai
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
working abroad

Capai Impian Bekerja Di Luar Negara!

Pernah tak kamu terfikir untuk mencari pengalaman bekerja di luar negara, namun takut dengan keputusan kamu tu? Sebenarnya ia boleh mematangkan fikiran dan membuka minda kamu kepada budaya dan gaya hidup berbeza. Masih ragu-ragu? Cosmo bantu kamu menjawab segala persoalan dan mitos yang menghalang impian kamu ini.

working abroad

MITOS 1:
Wanita sukar nak berjaya di luar negara.

FAKTA:
Ternyata sebaliknya! Kajian menunjukkan wanita boleh atasi segala cabaran dan halangan, malah mahir dalam komunikasi serta lebih penyabar. Wanita juga lebih berfikiran terbuka.

 

MITOS 2:
Wanita susah nak diterima di arena antarabangsa.

FAKTA:
Pasaran antarabangsa pentingkan kemahiran tinggi, bukan jantina. Walaupun ada negara yang tidak berlaku adil, penting untuk kamu buat kajian terlebih dahulu.

 

MITOS 3:
Tawaran hanya terbuka untuk mereka yang lebih muda.

FAKTA:
Ia bergantung pada pengalaman. Jika kamu baru tamat pelajaran, tentunya kerja kamu lebih fleksibel. Jika tahap pertengahan, kamu boleh mulakan kerjaya lebih serius. Buat yang senior, kamu berpeluang menguruskan pasukan berskala besar.

 

MITOS 4:
Status isteri jadi penghalang.

FAKTA:
Kajian menunjukkan 40 peratus profesional yang bekerja di luar negara sudah berkahwin. Ada pasangan yang mencari kerja setibanya di sana dan ada yang tak mahu bekerja dan hanya menemani suami. Jika syarikat kamu multinasional, cuba minta ditukarkan ke cawangan sana.

 

MITOS 5:
Halangan bila mempunyai anak.

FAKTA:
Ramai wanita mendapat cuti bersalin di luar negara lebih lama, malah anak dijaga lebih baik selain kosnya berpatutan. Membesarkan anak-anak dalam suasana budaya yang berbeza membolehkan mereka lebih berdikari dan berdaya saing.

 

MITOS 6:
I don’t speak a second language.
FAKTA:

Kebanyakan negara menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantara. Jika bahasa tempatan jadi mandatori untuk kamu bekerja, cuba yakinkan mereka kemahiran yang kamu miliki lebih penting.

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness