Cantik Seperti Song Hye Kyo - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cantik Seperti Song Hye Kyo

Rebut peluang keemasan ketika tidur dan bangun cantik berseri seperti Song Hye Kyo.

Song Hye Kyo, Duta jenama Laneige

Song Hye Kyo, Duta jenama Laneige

 

Agar tidurmu tidak sekadar tidur, Laneige telah menaik taraf Firming Sleeping Pack kepada Firming Sleeping Mask sebagai tambahan baru kepada rangkaian Time Freeze. Pupur antipenuaan untuk kegunaan sewaktu tidur ini bertindak memperbaiki keanjalan kulit, mengangkat kontur wajah dan kembalikan keremajaan kulit sepanjang malam agar kamu bangun dengan seri keremajaan keesokan paginya.

 

PENGANJALAN BERGANDA

Raih segala manfaat ketika tidur dengan Laneige Time Freeze Firming Sleeping Mask yang diperkasakan oleh dua teknologi untuk merawat lima petanda penuaan utama iaitu kekeringan, tekstur kasar, garis halus, kekenduran dan kekusaman.

1. Dynamic Collagen_EX TM Technology

Ini adalah teknologi penghasilan semula kolagen pertama di dunia yang mengembalikan kekuatan dinamik semula jadi kulit dengan menguraikan kolagen lama dan menukarnya menjadi rantaian kolagen baru dengan bantuan bahan kandungan penting, pinitol (methyl inositol). Ekstrak pokok canob membantu menguatkan ketahanan kulit serta lapisan sokongan asid hialuronik.

 

2. Sleep-Tight TM Technology

Formula shape memory yang memberi efek pengangkatan segera diperbuat daripada dua jenis polimer. Yang pertama, polimer shape memory yang diserap kepada kulit untuk penghidaratan. Kedua, polimer semula jadi diperoleh daripada oat yang memadatkan kulit untuk mengekalkan keanjalannya buat jangka panjang. Kulit lebih kekal halus dan muda pada tempoh yang lebih lama dari elemen elastik yang dikembalikan apabila polimer digabung bersama.

 

Gandingan Sempurna

Gunakan Face-Fit Roller sebelum Firming Sleeping Mask untuk meningkatkan kesannya dua kali lebih hebat. Face-Fit Roller yang diperbuat daripada platinum dapat membentuk wajah menjadi runcing dengan mengurut bahagian rahang dan pipi untuk memperbaiki tekstur dan menyediakan kulit sebelum berpupur.

Urut bahagian rahang seperti selalu kamu tengok dalam drama-drama Korea tu.

 

95.44% merasakan peningkatan keanjalan kulit*

86.35% merasakan kulit lebih padat*

81.8% merasakan kesan pengangkatan wajah*

*Ujian klinikal ke atas 22 wanita selepas menggunakan Laneige Time Freeze Firming Sleeping Mask bersama Face-Fit Roller selama 4 minggu.

 

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor