Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cantik Macam Kamu, Bukan Macam Orang Lain

Bayangkan kamu selisih dengan teman baik tapi dia tak kenal kamu langsung sebab wajah kamu tak sama dengan yang dulu…

A: Alamak! Kenapa sama ni? I cakap nak macam Angelina Jolie.
B: I pun!

Memang di zaman ini banyak yang boleh dilakukan untuk tampil lebih cantik, tetapi jangan sampai kamu buat macam-macam sehingga hilang keaslianmu. Kita biarkan wanita (dan lelaki) Korea dengan pembedahan plastik mereka (keluar klinik emak sendiri tak kenal anak), kerana ada banyak produk dan rawatan di luar sana yang boleh membantu kulitmu tanpa mengubah dirimu.

Falsafah ini hampir sama dengan falsafah kecantikan Dr Jason Yip, Pengarah Medikal dan Pengasas Astute Clinic. Kata Dr Yip, “terdapat banyak kemajuan di dalam perawatan medikal estetik sekarang dan saya perlu memastikan saya sentiasa setara dengan trend yang sentiasa berubah di dalam industri ini untuk terus memberikan penyelesaian terbaik kepada masalah kulit pelanggan dan mengekalkan kecantikan mereka. Kami percaya mereka hanya mahukan versi penampilan mereka yang terbaik, kerana itulah di Astute kami menawarkan hasil yang semula jadi, penampilan yang lebih baik, bukan mengubah wajah seseorang.”

Astute Clininc memberi fokus kepada penyelesaian kulit seperti antipenuaan, pigmentasi, jerawat dengan prosedur kosmetik non-invasive (permukaan kulit) atau minimally invasive dengan suntikan fillers yang diiktiraf seperti Juvederm dan Botox, selain menawarkan medical facials untuk menyegarkan serta memulihkan kulit dengan pengelupasan ultrasonic dan juga terapi cahaya LED.

Dr. Jason Yip

Cosmo juga telah mencuba salah satu medical facials iaitu Astute Premier Facial yang bertujuan mengembalikan keserian kulit dengan pembersihan mendalam serta pengelupasan dan juga penghidratan. Yang ini sesuai untuk semua jenis kulit, tetapi jika kulit kamu ada masalah lain, kamu boleh datang berunding dengan Dr Jason untuk perawatan yang lebih khusus. Sempat juga kami berbual dengan Dr Jason tentang masalah kulit biasa yang dialami wanita setiap hari…

 

Q: Semua orang nak nampak muda. Boleh doktor cadangkan perawatan apa yang sesuai untuk masalah antipenuaan di sini dan berapa anggaran harga setiap perawatan?

A: Garis mata atau crow’s feet: Botox, harga bermula RM300.

Kulit mengedur dan berkedut: Mungkin kombinasi beberapa jenis prosedur bergantung kepada tahap kekenduran seperti:

Laser Resurfacing, dalam RM1.200 satu sesi.

Non-invasive Lifting Lasers, harga bermula RM5,000.

Fillers, harga bermula RM2,000.

Kulit yang hilang kepadatan/lohong: Fillers atau Fat graft.

  • Fillers – harga bermula RM2,000
  • Fat graft – bergantung kepada pakar bedah.

 

Q: Apakah fungsi retinol? Adakah ia membantu rawat lingkaran gelap?

A: Retinol membantu sekatakan ton kulit dan merangsang pengeluaran kolagen untuk membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan. Walau bagaimanapun, kesannya agak minimum untuk membantu kulit yang nampak letih kerana lingkaran gelap bawah mata kerana tambahan kepada lingkaran mata gelap, penampilan keletihan boleh dikaitkan dengan mata yang cengkung serta kelopak mata yang droopy. Terdapat banyak serum dan krim dengan retinol yang menjanjikan dapat merawat lingkaran gelap tetapi ia memerlukan penggunaan harian untuk melihat peningkatan yang minimum selain tidur yang cukup.

Lingkaran gelap boleh berlaku kerana pelbagai sebab dan tiada penyelesaian tunggal. Contohnya sinusitis boleh menyebabkan lingkaran gelap, jadi untuk merawatnya, kamu perlu merawat sinusitis dahulu. Lingkaran mata gelap juga adalah hasil lapisan nipis kulit di bawah mata yang menampakkan saluran darah. Ia memerlukan penggunaan laser (denyutan tenaga cahaya) untuk membuang urat tertentu. Nasihat terbaik adalah untuk berjumpa doktor estetik!

 

Q: Apa nasihat doktor untuk pastikan wajah sentiasa segar setiap hari?

A: Pastikan kamu tidak dehydrated jadi minum lebih air pada waktu siang tetapi tak terlalu banyak sebelum tidur kerana wajah boleh nampak sembap keesokannya. Penggunaan krim mata dan pelembap ringan dengan urutan lembut juga membantu. Pastikan kamu bersihkan solekan sebelum tidur. Kulit bawah mata adalah yang paling sensitif. Jika kamu ada dark eye circles yang disebabkan oleh kamu kerap gosok mata atau terdedah kepada matahari, krim pencerahan dan sunscreen boleh digunakan untuk mengurangkan pigmentasi kulit dari masa ke semasa. Guna pelindung matahari spektrum luas yang mengandungi zink oksida atau titanium dioksida. Ada juga orang yang lingkaran gelapnya disebabkan oleh alahan – ambil antihistamin untuk itu ya.

 

Q: Apakah kesalahan biasa yang wanita lakukan yang boleh menyebabkan kulit jadi bermasalah?

A: Tidur tanpa membersihkan solekan. Gabungan minyak, peluh, kotoran, solekan boleh merosakkan kulit seperti:

  • Menyumbatkan liang-liang pori dan meregangkannya sehingga kelihatan lebih besar. Pori-pori yang bersih dan sihat dapat mengekalkan kulit yang berseri!
  • Mengeringkan kulit kerana kamu tidak memberi kulit  peluang untuk bernafas dan memulihkan tahap kelembapannya.
  • Meningkatkan penuaan pramatang dan sensitiviti.
  • Mekap menyerap pencemaran alam sekitar seperti asap dan zarah udara yang berkumpul pada kulit menyebabkan tekanan oksidatif. Jadi kamu perlu mencuci semuanya sebelum tidur.
  • Jerawat! Terima kasih kepada pembentukan bakteria, kotoran dan minyak dari masa ke masa.
  • Mencetus masalah kulit seperti kerengsaan – terutamanya jika kulit kamu jenis sensitif.
  • Untuk jangka pendek, kulit boleh menjadi kering, tersumbat dan lebih cenderung kepada jerawat. Untuk jangka panjang, kulit boleh menjadi kusam dan bercapuk dengan nada kulit yang tidak rata dengan penampilan garis-garis halus dan kedutan.

 

Takut tak? jangan malas bersihkan kulit okey dan kalau kulitmu bermasalah, segera berjumpa pakar kulit untuk penyelesaian yang lebih khusus.

 

Foto: Shutterstock.com/Astute Clinic

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru