
Canon EOS M100 Menjanjikan Foto OOTD Yang Lebih Awesome!
Perkara pertama yang perlu kamu fikirkan sebelum mengambil foto OOTD ialah kualiti kamera yang digunakan! Tanpa kamera yang berkualiti, tidak kisah bagaimana komposisi foto kamu, ia tetap kelihatan biasa-biasa sahaja.
Canon EOS M100 boleh membantu kamu mendapatkan foto yang berkualiti dengan mudah. Ditambah pula dengan skil, latar belakang dan gaya fesyen yang tetap, OOTD kamu pasti menyerlah dan awesome.
Sesetengah kamera mungkin tidak mempunyai perincian yang lengkap tetapi Canon EOS M100 dicipta dengan ciri-ciri dan konsep yang menepati citarasa di zaman milenial. Malah rekaan kamera ini juga sangat moden dan stylish, sesuai untuk generasi muda yang baru menjinakkan diri dengan dunia fotografi.
EOS M100 terbaharu didatangkan dengan pelbagai rupa jaket dan kits kamera, membuatkan si pemilik kelihatan bergaya. Menariknya, kamera ini direka dengan fungsi sambungan tanpa wayar yang membolehkan foto yang diambil dicetak serta-merta. Bertemankan Life Is Fashion, Canon EOS M100 sesuai dengan penggemar fesyen yang ukan sahaja boleh dijadikan sebagai aksesori fesyen malah memudahkan kamu merakan momen terbaik di mana-mana sahaja.
EOS M100 tampil dengan variasi warna yang sangat menarik seperti kelabu, putih dan hitam pada harga diantara RM2,499 dan RM3,099. Jom check out cici-ciri Canon EOS M100 yang pasti membantu kamu merakam foto OOTD yang terbaik dan berkualiti!
1. Rekaan yang sesuai untuk kamu yang menyukai bidang fotografi dan baru berjinak dengan kamera mirrorless SLR yang menjanjikan foto yang berkualiti.
2. Untuk si kaki fesyen, EOS M100 juga boleh dijadikan sebagai aksesori fesyen apatah lagi ia didatangkan dengan jaket yang stylish.
3. Ia ringan dan kompak, mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja. Sesuai untuk digunakan untuk penggambaran setiap hari kerana ia mudah untuk dikendalikan.
4. Dengan skrin paparan sebesar 3 inci yang boleh dipusingkan 180 darjah, ia membolehkan kamu untuk mengambil swafoto dengan mudah. Malah, fungsi skrin sentuh membolehkan kamu untuk merakam gambar pada sisi yang agak rendah serta memudahkan kamu untuk fokus pada sesuatu objek.
5. Pemproses imej DIGIC 7 dapat menghasilkan gambar low-noise (tidak pecah), gambar malam yang jelas dan lively atau mungkin sesi makan malam di restoran.
6. Ia dicipta dengan kebolehan penyambungan menerusi fungsi WiFi, NFC dan Bluetooth. Dengan hanya perlu memuat turun aplikasi Canon Camera Connect di dalam telefon pintar, ia membolehkan pengguna untuk menyimpan, berkongsi imej dan video juga menggunakan telefon kamu sebagai monitor demi memudahkan sesi bergambar.
Canon Selphy CP1300
[envira-gallery slug="canon-selphy-cp1300"]
Canon Selphy CP1300 membantu dan memudahkan kamu mencetak foto atau momen indah dalam sekelip mata. Ia dapat memberikan pengguna peluang untuk mengumpul memori dengan mencetak gambar yang diambil serta-merta tidak kira di mana kamu berada. Gambar yang dicetak dapat bertahan selamanya kerana ia menggunakan filem khas yang mana apabila disimpan di dalam album, warna foto tidak pudar dan akan kekal lebih dari 100 tahun. Dengan harga yang berpatutan iaitu RM599, ia melengkapi EOS M100 dan mudah dibawa kemana sahaja.
*Check out kamera Canon EOS M100 di outlet outlet Canon Image Square dan pengedar Canon yang sah atau menerusi atas talian di stor Canon Official di laman web Lazada Malaysia.
Curly Jow
Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.