7 Butiran Kahwin Yang Tidak Penting Sama Sekali (Trust Us) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

7 Butiran Kahwin Yang Tidak Penting Sama Sekali (Trust Us)

Apa yang kamu fikirkan selama ini tidaklah sepenting yang kamu sangkakan. Cosmo senaraikan butiran kahwin yang boleh kamu skip buat bakal pengantin…

photo of bride and groom figures on top of wedding cake

1. Tekanan untuk ia menjadi hari terbaik dalam hidup kamu

Apabila kamu terlalu stress memikirkan hari perkahwinanmu mestilah sempurna tanpa sebarang cacat cela, mulalah kamu untuk tidak enjoy. Memikirkan baju pengapitmu, buffet makanan sudah terhidang atau belum, dekorasi kek dan macam-macam lagi. Let loose! Tetapkan fikiran kamu dan jangan biarkan perkara-perkara lain menggangguimu. Enjoy the moments! Kerana kenangan itu sampai bila-bila.

 

2. Skema warna

Kamu beria sangat untuk memberi kain warna sedondon kepada seluruh keluarga, pengapit dan krew. Don’t over think it! Tidak mengapa jika warna yang kamu inginkan tidak sedondon semuanya, asalkan ia dalam keluarga rona skema yang sama.

 

3. Your cake topper

Percayalah, tiada siapa pun yang kesah akannya. Sebenarnya kamu sendiri yang mahukan setiap perincian untuk jadi sempurna.

 

4. Jika mereka berkata buruk tentang perkahwinanmu

Kerana mereka cemburu. Setiap majlis perkahwinan, pasti ada ‘golongan-golongan’ ini yang akan memberi komen negatif tentang setiap majlis kahwin yang mereka kunjungi. Ambil prinsip ini sahaja, ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’, okey?

 

5. Alas meja

Cosmo tahu semua bakal pengantin mahukan yang terbaik ketika hari perkahwinannya, termasuklah table linens. Tapi percayalah, tiada siapa pun yang akan peduli sama ada ada ia kualiti atau tidak.

 

6. Kad kahwin

Antara butiran kahwin yang kamu boleh jimat adalah pada kad kahwin. Cukup dengan kad bereka minimal sahaja, because let’s face it, kamu sendiri juga letak kad kahwin orang lain di merata-rata tempat juga, kan? Antara alternatif lain yang popular masa kini ialah, e-card yang dihantar secara Whatsapp, dan Facebook invitations.

 

7. The guest book

Ini adalah butiran kahwin yang paling tidak penting sama sekali. Cari buku tetamu cantik di kedai alat tulis pun sudah memadai, you don’t necessarily need to custom a guest book.

 

Foto: INGImages

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva