Busana Perkahwinan Priyanka Chopra Yang Memukau Mata Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Busana Perkahwinan Priyanka Chopra Yang Memukau Mata Dunia

Busana Perkahwinan Priyanka Chopra Yang Memukau Mata Dunia

Priyanka Chopra dan Nick Jonas baru saja berkongsi gambar perkahwinan mereka, dan busana pengantin Priyanka kelihatan sangat menawan!

Sebelum ini pasangan sama cantik sama padan ini telah pun memuat naik gambar pre-ceremony mereka, tetapi ini adalah dua busana yang dipakainya ketika berkahwin. Pertama, gaun putih oleh Ralph Lauren yang kamu boleh lihat di muka depan majalah People. Kamu pasti terpukau melihat veil Priyanka yang panjang berjela tu, kan? Ia dikatakan mempunyai kepanjangan 75 kaki! Untuk Indian ceremony, Priyanka menyarung busana merah yang tak kurang cantiknya. Manakala untuk majlis resepsi di Delhi, dia menyarung busana berkerlipan yang cukup elegan! Tak kelip-kelip mata memandang…

Dalam temu bual post-wedding-nya, Priyanka berbicara mengenai perkahwinannya dan bagaimana dia bertukar menjadi bridezilla. “Setiap wanita bermimpi untuk menjadi puteri semasa hari perkahwinannya,” katanya. “Tetapi saya tidak pernah mempunyai pelan tentang apa yang saya akan jadi.”

Mereka menjemput 225 tetamu untuk kedua-dua majlis, dan akui Priyanka mereka berdua sangat emosi di dua-dua belah majlis.

“It was all tears. All tears,” katanya. “Saya tak boleh tahan air mata. Saya rasa saya gemuruh dan takut. Tetapi sebaik saja langsir tersebut dibuka, dan saya melihat wajah Nick semuanya seperti telah selesai dan saya tahu saya membuat keputusan terbaik dalam hidup saya.”

Tahniah Nick dan Priyanka! Jom cuci mata dengan gambar-gambar mereka…

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

image

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker