Bubble Mask Dari Korea Ini Buat Semua Orang Jadi Teruja!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bubble Mask Dari Korea Ini Buat Semua Orang Jadi Teruja!

Negara Korea memang terkenal dengan inovasi produk kecantikan yang kebanyakannya menjadi popular di seluruh dunia. Kali ini, Bubble Mask pula!

Bubble Mask menjadi trending di laman sosial sejak enam bulan lalu. Fungsi pupur ini dikatakan mampu membersihkan wajah dari dalam dan melembapkan kulit, Bubble Mask juga dikenali sebagai Oxygen Mask yang diperbuat daripada kayu arang organik.

Rata-rata yang telah mencubanya mengakui sukakan proses pemakaiannya. Malah ketika buih tersebut menjadi besar dan mengembang, mereka yang telah mencuba pupur ini berkata, ia sangat mengujakan.

Diperbuat daripada serbuk arang, pupur ini bertindak balas dengan udara dalam membersihkan kulit lebih mendalam dan juga melakukan proses pengelupasan. Serbuk arang yang diaktifkan pula bertindak menyingkirkan sel-sel kulit mati. Pupur atau masks ini perlu dibiarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dicuci dengan air.

Hasilnya, kulit kamu akan lebih anjal dan bersih. Malah Bubble Mask juga dikatakan akan melembapkan kulit serta menghilangkan garis halus dan mengurangkan jerawat di wajah. Cubalah!

Bubble Mask boleh didapati di :

Watsons : CREMORLAB Bubble Energizing Mask 100ml (RM 73.50)

Sephora : CAOLION Premium Blackhead O2 Bubble Pore Pack 50g (RM 113)

Lazada Malaysia : Carbonated Bubble Clay Mask (RM 19.90)

 

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness